in

“Taknak cium Hajarul Aswad. Kuman” – Jagalah Percakapan Semasa Di Mekah, Netizen Kongsi Kisah Pelik Berlaku Di Tanah Suci

Hajarul Aswad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi satu impian bagi seorang yang beragama Islam untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Namun peringatan berat bagi mereka yang bakal atau merancang untuk mengerjakan ibadah di sana. Jaga tutur kata dan perlakuan anda baik-baik.


Tujuan admin bukanlah nak menakut-nakutkan bakal jemaah tetapi berdasarkan perkongsian kisah netizen di Twitter ini, ramai nampaknya yang melalui kisah penuh iktibar dan keinsafan akibat daripada kelancangan mulut mereka.

Berikut sebahagian kisah yang dikongsikan netizen. 

 

“Ada seorang hamba Allah ni pergi sana cakap, taknak cium Hajarul Aswad sebab kotor ramai cium” 

Menurut perkongsian netizen ini, seorang hamba Allah telah lancang dalam kata-katanya dengan cakap tak mahu cium Hajarul Aswad sebab ramai orang yang dah menciumnya.

Tak sure sama ada kisah ini sahih atau tidak, tapi netizen ini claim mengatakan jemaah tersebut alami masalah rahim sehingga ia terpaksa dibuang.

Jaga 1
sumber: twitter

Walau bagaimanapun, netizen ini mengingatkan bahawa ia bukan kisah untuk menakut-nakutkan bakal jemaah. Ia peringatan yang elok korang ambil tauladan dan pengajaran darinya. Kalau ada tersebut perkara buruk, lebih baik korang cepat-cepat bertaubat.

Jaga 2
sumber: twitter

 

“Kawan sebilik cakap, ‘Eh banyaknya lalat’. Pastu dorang turun solat, naik bilik lalat banyak gila dalam bilik” 

Kalau berada di Tanah Suci, eloklah korang jangan merungut. Terima ujian yang diberikan seadaanya.

Rungut
sumber: twitter

 

“Kenapa kena solat jenazah, tak nampak pun jenazah? Sekali Allah tunjukkan berderet van bawa mayat lalu depan aku” 

Jenazah 1
sumber: twitter

 

“Sambil tunggu tu I ada merungut sikitlah ‘kenapa jalan lambat’ tapi dalam hati je. Esoknya bangun…” 

Sakitkan
sumber: twitter

Sebenarnya ada banyak lagi kisah penuh keinsafan yang dikongsikan oleh netizen di Twitter. Kalau nak baca lanjut, korang boleh je ke sini.

Apa-apapun jadikanlah kisah ini sebagai iktibar dan jangan sekali-kali rasa takut pulak nak ke Mekah disebabkan hal ini. Yang penting jaga sikap dan percakapan mulut. Fikir yang positif je dan kalau ada terbuat salah cepat-cepat mohon keampunan. 

Baca: Hajar Aswad: 22 Tahun Hilang Dari Mekah Dicuri Pemimpin Syiah

Hajar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.