in

Hajar Aswad: 22 Tahun Hilang Dari Mekah Dicuri Pemimpin Syiah

Hajaraswad

Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah, salah satu impian jemaah dah semestinya nak mencium Hajar Aswad.

Disebabkan berjuta-juta orang nak cium Hajar Aswad dalam satu-satu masa, hanya beberapa orang yang bernasib baik je dapat menciumnya. Kenapa Hajar Aswad ni begitu istimewa dan apa kisah di sebalik batu ni?

 

1. Diturunkan dari syurga dengan warna seputih salju

Hajar Aswad ialah batu yang dipercayai diturunkan dari syurga oleh Allah SWT. Abdullah bin Abbas meriwayatkan Hajar Aswad sebagai batu yang berasal dari syurga dan tiada batu lain diturunkan dari syurga melainkan batu ini.

Batu ini dikatakan asalnya berwarna putih, sebelum bertukar menjadi hitam seperti yang dapat dilihat sekarang. Ada juga riwayat lain mengatakan Hajar Aswad bukan berwarna putih, tapi memancarkan cahaya berkilau.

Ha2
sumber: pinterest

“Hajar Aswad turun dari syurga, batu tersebut begitu putih lebih putih daripada susu. Dosa manusialah yang membuat batu tersebut menjadi hitam,” – Hadis Riwayat Tirmidzi.

Maklumat pasal siapa yang pertama letak Hajar Aswad pada Kaabah juga tak jelas, sama ada malaikat mahupun Nabi Adam AS. Ada juga riwayat menceritakan bahawa Hajar Aswad turun dari syurga bersama-sama dengan turunnya Adam dan Hawa ke dunia.

Tapi bagi golongan orientalis, dorang tak percaya dengan cerita asal usul Hajar Aswad dan dakwa ia cuma batu meteor yang jatuh ke bumi.

73A328389375Fe36A2Dd5E06F4Aeeadc
sumber: pinterest

 

2. Hilang ketika banjir besar zaman Nabi Nuh

Flood2
sumber: blog

Hajar Aswad mula-mula hilang sewaktu berlakunya banjir besar yang jadi masa zaman Nabi Nuh AS. Tapi Nabi Ismail AS berjaya jumpa semula Hajar Aswad dengan bantuan daripada malaikat Jibrail.

Nabi Ibrahim AS kemudiannya meletakkan Hajar Aswad ni kat sudut timur Kaabah ataupun kat sebelah kiri Multazam. Multazam ni posisinya di antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah. Tingginya pulak sekitar 150 sentimeter dari atas tanah.

Multazam
sumber: blog

 

3. Kabilah Arab berbalah nak letak Hajar Aswad pada Kaabah

Kaabah dikatakan pernah mengalami kebakaran besar ketika Nabi Muhammad SAW berusia 35 tahun. Kebakaran besar tersebut menyebabkan Kaabah perlu dibina semula oleh Nabi Muhammad SAW dan kabilah-kabilah Arab yang ada kat Mekah waktu tu.

Bila pembangunan semula dah selesai, Hajar Aswad kena la diletakkan semula pada Kaabah. Tapi benda ni mencetuskan perselisihan pulak di antara kabilah-kabilah tersebut. Sebabnya? Dorang berebut pulak siapa yang paling berhak letak batu tu semula di tempatnya.

Peo2
sumber: pinterest

Mula-mula Abu Umayyah bin Mugirah, orang tertua kat situ bagi cadangan supaya orang yang pertama masuk ke pintu Safa berhak letak Hajar Aswad ke tempatnya balik. Dengan takdir Allah, orang pertama yang masuk tu Nabi Muhammad SAW. Tapi Nabi tak terus angkat batu tu, dia cuba bersikap adil pada semua.

“Baginda melepaskan serbannya dan menghamparkannya di tengah-tengah anggota kabilah yang ada. Hajar Aswad lalu diletakkannya di tengah-tengah serban itu.”

“Baginda kemudian meminta para ketua kabilah untuk memegang seluruh tepi serban dan secara bersama-sama mengangkat serban sampai ke tempat yang dekat dengan tempat diletakkannya Hajar Aswad.”

Lepas tu baru Nabi angkat batu tu dan letakkan kat tempat asal. Jadi tak ada lagi yang berbalah siapa nak letak sebab semua dapat.

Mohammed Kaaba 1315 Bew
sumber: wikipedia

 

4. Berlaku pembunuhan di Mekah

Hajar Aswad jadi tumpuan umat Islam lepas empayar Islam berkembang. Krisis dalam kalangan umat Islam dan fitnah waktu tu jadi masalah besar empayar Islam. Zaman fitnah ni mula bila waktu Saidina Ali jadi khalifah.

Kemudian keluar pulak golongan-golongan ekstrem macam Syiah dan Khawarij. Ekstrem dorang ni terserlah bila berlakunya serangan ke atas Mekah yang dipimpin oleh Abu Tahir Al-Jannabi pada 930 masihi.

Ff0469B6C217B4082Ec7Aefdece91F44
sumber: pinterest

Abu Tahir ni seorang pemimpin Syiah Qamarith, satu tempat kat Bahrain. Dia jugak pengikut Syiah Isma’iliya, salah satu cabang Syiah. Masa Hari Raya Haji, Abu Tahir dan bala tenteranya bertindak serang Mekah dan bunuh para jemaah yang buat tawaf.

Kemudian dengan kejamnya dorang humban mayat-mayat ni dalam telaga zam-zam. Waktu serangan tu dianggarkan lebih daripada 30 ribu orang yang terbunuh.

Old1
sumber: blog

 

5. Hajar Aswad dicuri 22 tahun

Bukan setakat melakukan pembunuhan dan serangan, Abu Tahir dan pengikut-pengikut juga merosakkan kelambu Kaabah, mencabut pintu Kaabah dan akhirnya dorang cabut sekali Hajar Aswad dari tempat asal dia.

Lebih teruk lagi Abu Tahir waktu tu katanya mencabar Allah SWT dengan angkuh.

“Di mana burung-burung Ababil Engkau? Di mana batu Sijjil (batu dari tanah yang terbakar) Engkau?” kata Abu Tahir merujuk kepada peristiwa serangan bergajah yang dipimpin oleh Raja Abrahah sebelum kedatangan agama Islam.

Ha4
sumber: blog

Lepas tu mereka angkut Hajar Aswad ni keluar dari Mekah then bawak ke Hijr di Bahrain. Cita-cita Abu Tahir ni kononnya nak buat satu tempat baru untuk gantikan Mekah sebab Hajar Aswad ada kat tangan dia. Tapi tak jadi sebab orang Islam tetap tunaikan haji dan umrah kat Mekah jugak.

Gabenor Mekah dan Abbasiyah pernah jalankan usaha untuk nak dapatkan balik Hajar Aswad tapi gagal. Jadi Hajar Aswad ni hilang dari kota suci Mekah selama 22 tahun lamanya! Lepas Abu Tahir meninggal dunia barulah Hajar Aswad dikembalikan ke Mekah.

Hajar Aswad ni yang pada asalnya batu dalam bentuk bongkah juga dipercayai menjadi lapan cebisan kecil yang kita boleh lihat hari ini disebabkan kes kecurian pada waktu tu.

750Xauto Hajar Aswad Pernah Dicangkul Dan Dipukul Hingga Pecah Begini Kisahnya 150706W
sumber: blog

 

6. “Engkau hanya batu yang tak memberi manfaat dan mudarat”

Akhirnya Hajar Aswad kembali ke tempat asal lepas 22 tahun. Umat Islam pun boleh kembali mencium Hajar Aswad jika ke Mekah. Memang ramai yang pasang cita-cita nak cium Hajar Aswad walaupun hanya sekali je seumur hidup, tapi kalau kita percaya batu ni ada kelebihan tertentu, kita dah salah.

sumber: twitter

Saidina Umar pernah berkata yang dia mencium Hajar Aswad hanya kerana dia nampak Nabi SAW menciumnya.

“Sesungguhnya aku mengetahui, engkau hanyalah batu yang tidak memberi manfaat dan mudarat. Jika tidak kerana aku melihat Rasulullah SAW menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu.” –  Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Old3
sumber: blog

Macam-macam rupanya pernah terjadi kat Hajar Aswad dan kota suci Mekah ni ye. Selamat menunaikah haji untuk semua jemaah!

Baca: 7 Wanita Luar Biasa Dalam Sejarah Islam

Dasdasdasd