in

“Tak tau nak kata apa dah” – [Video] Lagi Kes Pemandu Mabuk, Kali Ini Habis Langgar 3 Kereta Di Bahu Jalan

Ampang Mabok E1642823120197

Lagi-lagi kes pemandu mabuk!

Kes seperti ini nampaknya tidak berkesudahan dan kali ini berlaku di Jalan Bunga Chempaka 2, Ampang selepas seorang wanita warganegara China katanya telah melanggar tiga buah kereta yang diparkir di bahu jalan.

Menurut video yang dikongsikan Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, wanita itu dilihat memandu Proton Wira dalam keadaan merbahaya dan mengundur masuk ke dalam sebuah garaj.

Dalam keadaan terhuyung hayang, pemandu berkenaan berjaya keluar daripada kenderaannya dan kemudian dikerumuni penduduk yang berada di tempat kejadian.

Video 1️⃣ – Wanita warganegara China memandu dibawah pengaruh alkohol pada malam tadi di Jalan Bunga Cempaka 2,Ampang

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Tuesday, March 23, 2021

 

Hasil laporan IPD Ampang Jaya mendapati wanita terbabit telah melanggar sebuah kereta jenis Mazda yang diparkir di bahu kiri jalan sebelum mengundur dan melanggar pula kereta jenis Honda City di bahu kanan jalan.

Suspek kemudian telah memandu ke arah Jalan Bunga Mawar 5A dan sekali lagi hilang kawalan menyebabkannya melanggar kereta Proton Saga pula yang berada di tepi kanan jalan dan sebatang tiang lampu.

Video 2️⃣ – Wanita warganegara China memandu dibawah pengaruh alkohol pada malam tadi di Jalan Bunga Cempaka 2,Ampang

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Tuesday, March 23, 2021

 

Setelah itu, pemandu tersebut mengundur keretanya hingga terhenti di dalam garaj di tepi jalan.

Hasil ujian alkohol mendapati wanita tersebut mempunyai tahap kandungan alkohol yang melebihi had yang ditetapkan.

Ampang

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan berpendapat tindakan tegas perlu diambil pihak berkuasa dalam isu pemandu mabuk yang bukan saja berbahaya namun boleh meragut nyawa orang yang tak bersalah jika tidak bernasib baik.

Mabukssss

Harap tindakan tegas diambil buat pemandu mabuk ni. Hari-hari ada saja kes mereka. 

Baca: “Patut kena akta 302″ – Pemandu Mabuk Rempuh Penunggang Motosikal Hingga Maut, Seret Motor Sampai Depan Rumah

Kesian

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook