in

“Patut kena akta 302″ – Pemandu Mabuk Rempuh Penunggang Motosikal Hingga Maut, Seret Motor Sampai Depan Rumah

Collage 8

Seorang lelaki dipercayai mabuk telah melanggar seorang penunggang motosikal dan menyeret motor mangsa sehingga depan rumahnya.

Menurut NST, Muhammad Akmal Hakim berusia 22 tahun meninggal ditempat kejadian selepas motornya dirempuh dan dia terpelanting ke bahu jalan serta mengalami kecederaan teruk di kepala. Motor yang dinaikinya pula telah tersekat di hadapan bumper kereta.

Insiden yang berlaku pada jam 1.01 pagi semalam ini berlaku apabila suspek berusia 26 tahun dipercayai hilang kawalan dan melanggar motor Akmal yang berada dihaluan sama.

154672770 239372947867311 206032861690927850 N

Pun begitu, pemandu kereta Toyota Avanza ternyata tak menyedari dia dah melanggar motor tersebut dan teruskan pemanduannya sejauh 1.5km sebelum berhenti di hadapan rumahnya di Kampung Padang, Kuantan.

Menurut Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali, orang ramai yang menyedari motor yang melekat di hadapan kereta tersebut telah memberitahu pemandu serta menelefon pihak polis.

Siasatan awal mendapati suspek tak sedar yang dia dah melanggar mangsa. Dia meneruskan pemanduan sambil menyeret motor tersebut. Terdapat juga kesan motosikal diseret.”

Ketika pemeriksaan dibuat, darah dalam badan suspek didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan.

Akmal yang juga seorang pekerja kilang di Gebeng sedang dalam perjalanan untuk ke rumah kakaknya di Kampung Padang manakala suspek mahu pulang ke rumahnya di kawasan perumahan yang sama.

Suspek kini dalam tahanan reman sehingga hari Khamis dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

 

Baca: [Video] Pemandu Mabuk Cari Gaduh, Tunjuk Jari Tengah Dekat Pegawai DBKL Lepas Dihalang Pandu Laju

Screenshot 2021 03 02 At 5.35.09 Pm

Sumber: Facebook