in

Tak Tahan Rasa Sebak Bila Melihat Anak Kecil Ini Panggil “Mamaa” Di Pusara Ibunya

Anak12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Tak Tahan Rasa Sebak Bila Melihat Anak Kecil Ini Panggil "Mamaa" Di Pusara Ibunya
Loading
/

Tak dapat nak tahan rasa sebak bila melihat reaksi anak kecil ini memanggil-manggil ibunya yang telah menghadap ilahi.


Mungkin kanak-kanak ini masih belum mengerti, tapi kita yang dewasa boleh berfikir secara waras sudah semestinya tersentuh hati. Dapat bayangkan betapa pilunya nasib anak ini yang tak dapat merasakan belaian ibu seperti kanak-kanak lain.

 

“Mamaa…Maamaa”

Gayanya yang macam tak tahu apa-apa memanggil ibunya sambil melambaikan tangan ini buatkan admin rasa nak menitiskan air mata.

Berdasarkan sumber, anak kecil ini bernama Pocut Izil Zauzila, ibunya meninggal dunia akibat banyak pendarahan ketika melahirkan Zauzila.

Ibunya Cut Nilam Sari, menghembuskan nafas terakhir disaat Zauzila berumur 28 hari. Arwah dikebumikan di Desa Geulumpang Tujuh, Kecamatan Matangkuli, Kabupaten Aceh Utara.

 

Ibu meninggal dunia semasa umurnya 28 hari

Lebih sebak lagi ayahnya Teuku Putra menceritakan, Zauliza yang kini menjangkau 2 tahun 4 bulan asyik bertanya kepadanya di manakah ibunya.

Dengan berat hati, ayahnya menjawab bahawa ibunya kini berada ‘di rumah baru’. Zauliza kemudiannya meminta ayahnya untuk ke ‘rumah baru’ tersebut yang terletak di belakang rumah mereka.

Dari situlah anak kecil ini mula menyedari bahawa ibunya telah menghadap ilahi dan di makam itulah Zauliza memanggil ibunya berkali-kali sampai Putra menitiskan air mata sebelum memujuknya untuk pulang kerumah. Netizen turut rasa sedih bila menonton video ini.

 

“Sedihnyaa..”

Anak4

Anak Anak2 Anak3

Sumber : Facebook

 

“Bab ni memang tewas”

Anak7

Anak5 Anak6
Sumber : Facebook

Ya lah, kering mana pun hati kita, kalau bab-bab ibu ni memang kalah. Bila tengok video ni terus teringat ibu kita kan? Para ibu pula, terus teringat anak-anak mereka. Mudah-mudahan adik ni kuat bila dah menjelang dewasa nanti.

 

Baca : Sebak Lihat Budak 6 Tahun Ni Jaga Bapa Sedang Lumpuh Lepas Ibu Larikan Diri

Anak Jaga Bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.