in

Tak Sangka Tempat Macam Ni Wujud? Kenali 5 Tempat ‘Keras’ Di Dunia

Ft Abandon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kewujudan makhluk halus dan perkara-perkara seram bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam masyarakat kita. Bahkan kalau ditanya kepada mana-mana penduduk dunia, pastinya mereka ada kisah hantu versi mereka sendiri.



Tapi korang pernah tak teringin nak singgah tempat-tempat keras yang ada diseluruh dunia sewaktu pergi melancong, kalau korang jenis hati kering lah.

Kalau tak berani nak pergi, lebih baik baca je tempat-tempat berhantu yang min nak kongsi ni. Jom!

 

i. Pulau Boneka, Mexico

Walaupun cukup dikenali dengan makanan yang enak serta budayanya yang menarik, siapa sangka Mexico mempunyai salah satu tempat seram di dunia.

Korang mesti tahu kan anak patung yang bersaiz seperti bayi tu? Anak patung ini cukup sinonim dengan kanak-kanak perempuan.

 

 

Capture 13 1

Anak patung itu juga mempunyai ‘keupayaan’ untuk menutup mata dengan sendirinya apabila dibaringkan, jadi kalau diletakkan dalam posisi berdiri, mata boneka itu akan terbuka dengan sendirinya.

Bayangkan, kewujudan patung tu dekat rumah je dah seram, macam mana pula kalau digantung dalam kuantiti yang banyak!

Menurut kisahnya, seorang kanak-kanak perempuan dikatakan lemas ditemui di kawasan itu, dan rohnya mengganggu ketenteraman penduduk setempat.

Jadi penduduk di kawasan itu memutuskan untuk menggantung boneka bagi mententeramkan roh kanak-kanak tersebut.

Capture 1 7 1

Tapi yang seramnya, menurut penduduk di sana, kepala patung itu akan bergerak dengan sendirinya dan ada masanya mata patung akan terbuka dan tertutup walaupun tanpa ada orang yang usiknya.

Korang bayangkan baru je masuk pulau tu, dah ada mata memerhati.

 

ii. Tuol Sleng, Vietnam

Tempat ini pernah menempatkan lebih kurang 200,000 banduan yang diseksa dan dibunuh di sana.

Penjara Tuol Sleng, Phnom Penh, Kemboja cukup dikenali dengan kekejamannya pada zaman rejim Pol Pot.

Capture 3 5

Sepanjang berada di penjara tersebut, banduan berhadapan dengan rutin harian seperti dipukul sepanjang hari, kuku dicabut menggunakan playar, dikenakan renjatan elektrik selain dipaksa pekerja tanpa mendapatkan sebarang rehat sepanjang hari.

Tidak cukup dengan itu, banduan-banduan tersebut tidak dibenarkan mandi sepanjang hari dan hanya akan disiram dengan air tiga bulan sekali.

Capture 5 1 2

Manakala mereka hanya akan diberikan nasi bubur cair untuk mengisi perut mereka.

Seksaan demi seksaan yang dikenakan ke atas banduan di sana menjadikan tempat itu  ‘keras’ dengan keadaan roh yang tidak tenteram.

 

iii. Poveglia, Itali

Pulau cantik ini pernah menjadi pusat pelabuhan kapal-kapal dagang suatu masa dahulu. Namun siapa sangka Povegalia pernah didatangi dengan dua buah kapal besar yang membawa wabak merbahaya.

Kesan daripada penyebaran wabak itu, ia  dikatakan meragut nyawa semua penduduk yang menetap di pulau itu. 

Capture 6 2

Tapi dalam satu kisah lain, pulau itu dikatakan menjadi penempatan buat pesakit yang menghidapi sakit mental sekitar tahun 1800.

Namun pada tahun 1930-an doktor di pusat rawatan itu dikatakan melakukan eksperimen kepada pesakit dan dia dikatakan telah hilang kewarasan.

Tidak dapat mengawal dirinya, doktor tersebut akhirnya melompat terjun dari menara loceng tersebut dan meninggal dunia.

Capture 7 1

Sungguhpun menara itu telah dibuang beberapa dekad yang lalu, penduduk tempatan masih dapat mendengar bunyi loceng dari pulau itu walaupun sudah lama ditinggalkan.

Bayangkanlah, malam-malam nak tidur terdengar pula bunyi loceng dari tempat yang dah lama diabaikan. Min pindah dulu kalau macam tu!

 

iv. Taman Disney Terbengkalai, Florida, USA

Kejayaan Disneyland seringkali disebut-sebut sebagai salah satu nama gah yang ada di dunia pada masa kini.

Tapi siapa sangka dengan kejayaan besar itu,Taman Disney pernah ditutup dan sampai kini ia masih dibiar terbengkalai.

Capture 10 1 1

Pernah dibuka pada tahun 1974, Disneyland ini akhirnya ditutup pada tahun 1999.

Walaupun tidak dapat dipastikan sebab penutupannya, namun ada yang mengatakan punca penutupan taman tema itu adalah daripada kerisauan gangguan haiwan liar, seperti buaya.

Selain itu terdapat penemuan bakteria merbahaya di taman tema itu yang menyebabkan keputusan untuk menutup Disneyland itu diambil.

Capture 8 1

Korang boleh bayang sendiri la kalau dah taman tema kena tinggal mestilah seramkan jadinya…

 

v. Priyat, Ukrain

Capture 13

Biasanya bila cakap mengenai tempat terbengkalai, mesti dikaitkan dengan bangunan atau pulau kecil, tapi jangan pula tak tahu di Ukrain wujudnya sebuah kota yang dibiar terbengkalai sejak bertahun lamanya.

Kota itu dipercayai telah dikosongkan setelah berlakunya letupan nuklear Chernobyl pada tahun 1986.

Capture 11 1 1

Terletak berhampiran dengan sempadan Belarus, letupan nuklear yang berlaku tidak disedari oleh orang awam.

Mereka hanya mula rasa tidak sedap badan, pening, mual, dan batuk beberapa jam letupan itu berlaku.

Penduduk di bandar itu hanya mendapat arahan untuk keluar sehari selepas kejadian itu berlaku, selain dikatakan perlu meninggalkan bandar itu tidak lebih dari 3 hari.

Capture 12 1 1

Disebabkan arahan itu, mereka hanya membawa barangan yang penting sahaja.

Malang bagi mereka, sehingga kini tiada seorang pun yang berpeluang untuk kembali ke ‘kampung halaman’ mereka.

Korang rasa, kalau ada peluang korang nak tak lawat tempat ni?

Sumber :

travel channel

insider

awani

urbex

berita harian

Baca : Kerja Separuh Jalan! Kenali 4 Menara Pencakar Langit Yang Kini Tersadai & Terbengkalai

Capture 12 4

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.