in

“Tahun lepas tarikh lain kan?” – Ini Fakta Tentang Hari Keputeraan Rasmi YDP Agong Yang Korang Perlu Tahu

Tarikh Hari Keputeraan Dymm Agong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum ketahui, Isnin hadapan (6 Jun 2022) merupakan hari pelepasan am atau cuti umum sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Namun, kalau ada yang perasan, tahun lepas ianya disambut pada tarikh yang berbeza, iaitu 7 Jun manakala tahun sebelumnya pula pada 6 Jun dan kalau diikutkan, tarikh lahir sebenar YDP Agong kita adalah pada 30 Julai 1959, jadi kenapa pada 6 Jun disambut Hari Keputeraan Rasmi baginda?


Menurut laman web Istana Negara, baginda tuanku diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang. Baginda merupakan paduka putera sulung Sultan Ahmad Shah.

Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah

Difahamkan ada sejarah disebalik tarikh sambutan Hari Keputeraan Rasmi baginda tuanku ni dan menurut perkongsian di sini , sejarah sambutan itu bermula daripada Raja Britain pertama, Raja George II yang memerintah dari tahun 1727 hingga 1760.

Menurut kisahnya, ketika itu merupakan ulangtahun ke-5 kejayaan Raja George II memimpin tentera bersekutu memenangi Pertempuran Dettingen di Jerman pada 1743 dan Raja George ni difahamkan nak peragakan kekuatan angkatan tenteranya pada rakyat.

Tapi, hasrat Raja George untuk adakan sambutan pada hari lahirnya iaitu 9 November tak kesampaian kerana waktu itu ia jatuh pada musim sejuk dan tarikh baru pada musim panas telah dipilih iaitu 14 Jun 1728.

Sejak dari itu, tradisi perarakan panji-panji rejimen askar British yang dikenali sebagai ‘Trooping of Colours’ ini diadakan serta disambut oleh negara-negara bekas jajahan British yang masih mengamalkan sistem beraja.

107301688 Hi054511759

Disini, sambutan Hari Keputeraan Rasmi YDP Agong akan dilengkapkan dengan Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda dan asalnya ia disambut setiap Rabu pertama bulan Jun selepas 31 Ogos 1957.

Sambutan ini bagaimanapun pernah diubah beberapa kali sebelum ini, contohnya pada 1992, ia ditukarkan pada setiap Sabtu pertama bulan Jun, pada pemerintahan Sultan Muhammad V pula, diubah pada 9 September.

Namun, pada tahun 2020, kerajaan telah bersetuju untuk meminda sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah daripada Sabtu, 6 Jun kepada Isnin, 8 Jun.

Kerajaan juga pada waktu itu bersetuju bahawa mulai 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Al- Sultan Abdullah, hari keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda ialah pada Isnin pertama, Jun setiap tahun.

285589405 555514672690605 5448049580786191301 N

Sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tahun ini, difahamkan bahawa akan ada 6 acara akan berlangsung bermula semalam hingga 10 Jun.

Perkara ini telah dikongsikan oleh Istana Negara menerusi catatan di akaun Facebook rasminya semalam yang dimulakan dengan majlis bacaan yasin di Masjid Wilayah Persekutuan dan akan ditutup dengan Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang akan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara di Putrajaya pada 10 Jun.

Baca : Berjiwa Rakyat! YDPA Singgah Bersantap Di Warung Tepi Jalan, Akak Kedai Selamba Panggil Tengku Hassanal ‘Abang Hensem’

Ft Agong

Sumber: Bernama
Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.