in

Berjiwa Rakyat! YDPA Singgah Bersantap Di Warung Tepi Jalan, Akak Kedai Selamba Panggil Tengku Hassanal ‘Abang Hensem’

Ft Agong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sikap rendah diri Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat di negara ini.


Daripada memasak untuk rakyat, membantu mangsa kemalangan hinggakan mencemar duli untuk mengenali kehidupan rakyat jelata semuanya sudah dilakukan oleh keluarga Diraja itu.

Tapi baru-baru ni tular di media sosial, sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter yang memperlihatkan baginda sedang bersantap bersama Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim di sebuah warung.

Sempoi betul!

Menerusi perkongsian oleh @JalalMisai_2 ini, baginda dikatakan singgah di sebuah warung yang terletak di Pekan, Pahang.

 

“Abang handome”

Menerusi rakaman tersebut baginda Sultan kelihatan tidak kekok mencemar duli untuk bersantap sambil berbual dengan pemilik kedai tersebut.

Kalau dengar Baginda berbual, macam borak dengan kawan-kawan je…

Kedatangan Baginda itu juga turut ditemani oleh anakanda, Tengku Hassanal.

Bukan sahaja sikap sempoi baginda yang menjadi tarikan netizen, malah rata-rata mereka lebih teruja melihat pemilik kedai bertegur sapa dengan Tengku Hassanal.

Dalam keterujaannya menerima pelanggan istimewa, pemilik kedai tersebut dengan slumber mengelarkan Pemangku Raja sebagai ‘abang handsome’.

Tidak berkecil hati, Tengku hanya memberikan reaksi ‘bagus’ melayani sikap pemilik kedai tersebut.

Mendengar gurauan pemilik kedai itu, rata-rata netizen dikatakan makan hati melihat gelagat pemilik kedai tu, tapi tak kurang juga yang ‘cair’ melihat ketampanan Pemangku Raja itu.

 

 

Capture 1 9

Kalau min lah jadi akak kedai tu, mungkin pengsan dulu terima pelanggan kehormat ni. 

Baca : Steady lah Tuanku Sekali Lagi! YDPA Mencemar Duli Bantu Mangsa Kemalangan Kat Highway

Capture 2 5 3

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.