in

“Susah nak terima masa awal-awal…” – Pasangan Pasrah Anak Dilahirkan Tanpa Bebola Mata dan Hidap Penyakit Genetik

Pagesian E1609040487735

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan untuk memiliki anak yang comel dan sempurna fizikalnya. Apa yang lebih penting, bayi tersebut diharapkan sihat dan bebas daripada sebarang penyakit. Pun begitu, besar ujian yang diterima oleh ibu ini yang melahirkan seorang anak menghidap penyakit yang jarang kita dengari..


Sebaik melihat keadaan anak yang dilahirkan, Rasmawati Rashid terkejut kerana mendapati seluruh badan anak sulungnya penuh berparut seperti kesan terbakar, lapor Mingguan Wanita. Bukan itu sahaja, anaknya juga dilahirkan dalam keadaan cacat penglihatan.

A2 3
sumber: press reader

Kasih sayang ibu bapa tiada tolak bandingnya. Rasmawati dan suami, Adam bin Hassan bagaimanapun tetap menerima kehadiran cahaya mata mereka yang kini sudah berusia lima tahun dengan penuh kesyukuran. Anak perempuan yang dinamakan Cahaya Imani itu dilaporkan menghidap penyakit Goltz Syndrome.

Jarang didengari oleh rakyat di Malaysia, Goltz Syndrome merupakan sejenis penyakit genetik yang cukup asing dan Imani mungkin satu-satunya penghidap penyakit ini di negara kita.

A1 3
sumber: press reader

Sepanjang mengandungkan anaknya, Rasmawati memberitahu bahawa dia tidak mengalami sebarang kejadian yang pelik.

“Cuma alahan yang agak teruk sehingga pernah dimasukkan ke wad kecemasan. Masa itu penyakit gastrik saya juga teruk hingga muntah darah.”

“Tapi semuanya okay setelah usia kandungan tiga bulan. Bila saya membuat imbasan (kandungan) pun semuanya normal.”

A4 1
sumber: mingguan wanita

Rasmawati juga menceritakan bahawa dia tidak perasan keadaan anaknya yang cacat penglihatan sewaktu dilahirkan. Selepas satu jam, barulah jururawat datang dan menerangkan keadaan sebenar bayi kepadanya.

“Masa itu saya tak rasa apa-apa bila jururawat beritahu yang Cahaya Imani lahir tak ada bebola mata dengan badan ada kesan terbakar.”

“Tapi bila suam tenangkan saya, minta saya bersabar. Barulah sedih tu datang. Susah sebenarnya nak terima masa awal-awal. Tapi suami tak pernah berhenti bagi semangat.”

“Sampai akhirnya saya terima dengan hati terbuka. Goltz Syndrome adalah penyakit genetik, bukan penyakit keturunan.”

Selain cacat penglihatan, Imani juga dilahirkan dengan tiga lubang pada jantungnya. Walau bagaimanapun, doktor memaklumkan bahawa masalah tersebut tidak kronik dan hasil imbasan terbaru mendapati kini hanya tinggal satu lubang sahaja.

A3 2 E1513142239486
sumber: mingguan wanita

Oleh sebab itu, Imani tidak memerlukan sebarang pembedahan sebaliknya hanya perlu melakukan rawatan susulan. Setakat ini anak kecil itu sudah melakukan tiga kali pembedahan pada bahagian mata. Rasmawati juga berkongsi cerita bahawa Imani tidak menghidap sebarang penyakit kronik lain selain kerap demam panas.

“Anak saya juga alami masalah pendengaran pada telinga kirinya. Dia cuma boleh dengar 50 peratus sahaja. Sebab dekat belakang gegendangnya ada air.”

Ibu ini mengakui bahawa tidak sukar untuk menjaga Imani, cuma anaknya agak sensitif kepada haba panas. Biarpun ada yang memandang jika mereka membawa Imani keluar bersiar-siar, Rasmawati dan suami menganggap itu perkara normal dan lebih mementingkan tumbesaran anaknya. Betul, jangan pedulikan orang yang macam tu.

Besar dugaan mereka menjaga anak menghidap penyakit ini. Semoga mereka terus tabah dan kami doakan Imani membesar dengan sihat!  

Baca: “Ada yang suruh saya bercerai” – Demi Cinta, Wanita Setia Bersama Suami Meskipun Ditimpa Penyakit Serius

Mamaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.