in

Sultan Mahmud Mangkat Dijulang: Benarkah Sumpah Muntah Darah 7 Keturunan Masih Berlaku?

Mati 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang minati sejarah, kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang ni antara lagenda yang sangat terkenal selain daripada kisah Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang. Namun kisah ni dah jarang-jarang orang sebut sebab ia mengenai seorang sultan yang sangat kejam!


Namun misterinya mengenai kisah Sultan Mahmud ni ialah bila dia lafazkan sumpah terhadap 7 keturunan pembunuhnya untuk mati bermuntahkan darah kalau mereka datang ke Kota Tinggi. Betul ke sumpah benar-benar berlaku? Mari kita soroti kisah ini.

 

1. Sultan Mahmud Shah II, pembuka Johor Lama

Img 1640
sumber: blog

First of all, korang jangan terkeliru antara Sultan Mahmud Shah yang gilakan Puteri Gunung Ledang tu dengan Sultan Mahmud Shah II yang mangkat ketika dijulang. Mereka ialah dua sultan dari zaman yang berbeza. Sultan Mahmud Shah I ialah sultan terakhir Melaka sebelum Portugis menawan kerajaan tu. Manakala Sultan Mahmud Shah II pulak ialah sultan pertama yang membuka kerajaan Johor Lama.

Semasa hayat baginda, dia seperti jugak Mahmud I ni memang sering dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan masalah dalam negeri. Salah satu darinya ialah apabila dia dikatakan dah mengarahkan pembunuhan Dang Anum iaitu isteri kepada Laksamana Bentan hanya kerana sebiji nangka. Logik ke tak logik? 

 

2. Tragedi Dang Anum mati dibelah perut

Dang Anum, isteri kepada Laksamana Bentan yang sangat masyur di Johor Lama sedang sarat mengandung. Suaminya pulak pada masa tu dikatakan tiada di negeri sebab bertugas membela negara. Nak dijadikan cerita, perempuan mengandung ni biasalah kan mengidam nak makan macam-macam. Tapi secara tak sengaja dia termengidam nak makan buah nangka yang akan menjadi hidangan sultan.

10 Khasiat Buah Nangka Bagi Tubuh Anda
gambar hiasan

Dang Anum tak ambik banyak pun. Seulas saja nangka untuk hilangkan rasa mengidam dia tu. Tapi disebabkan sultan dapat tahu dan ada orang-orang istana yang menghasut, Dang Anum tak pasal-pasal ditangkap. Bila disoal kenapa makan buah nangka tu, Dang Anum menjawab kerana anaknya teringin makan buah tersebut.

Demi ingin membuktikan sama ada betul atau tak janin dalam kandungan tu yang memakan buah tersebut, mereka pun dengan kejamnya membelah perut Dang Anum. Dan ternyatalah seperti yang dikata Dang Anum, janin di dalam perutnya sedang memakan buah tersebut! Erkk! 

Image 7
gambar hiasan

 

3. Laksamana Bentan menuntut bela

Meskipun ada yang masih tak sure sama ada betul atau tak versi kematian Dang Anum dengan cara macam tu sebab ada catatan lain yang cakap Sultan Mahmud nak cuba senapang baru dari Inggeris, baginda tertembak Dang Anum yang kebetulan ada di depan. Namun kematian Dang Anum ni lah yang jadi sebab kenapa Laksamana Bentan mengamuk dan rancang nak bunuh sultan.

Lalu pada hari Jumaat tahun 1699, Laksamana Bentan nekad membunuh Sultan Mahmud dengan menikam baginda di bahagian perut ketika sultan tersebut dalam perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Dalam keadaan tidak siuman, Laksamana Bentan dah menikam pengawal raja, manakala orang ramai yang datang bersembahyang terus bertempiaran lari meninggalkan masjid.

Hqdefault 2
sumber: youtube

 

4. Sumpah muntah darah 7 keturunan

Pada ketika kejadian berlaku, dikatakan cuaca tiba-tiba jadi hujan renyai-renyai dan mentari pun hilang dengan serta merta. Sultan Mahmud Shah II yang dalam kesakitan pulak kononnya sempat melontarkan kerisnya dan mengenai hujung jari Laksamana Bentan. Laksamana Bentan kemudian meninggal dunia (ada satu lagi versi mengatakan Laksamana Bentan hidup dan membukan kerajaan Seri Menanti).

Sultan kemudian bersumpah dengan menyebut,

“Jika benar beta Raja berdaulat, beta haramkan anak Bentan dan seluruh keturunannya memijak bumi Kota Tinggi, jika diingkar beta sumpah muntah darah hingga putuslah nyawa.”  

Bentan 2
gambar hiasan

Sebaik saja sultan lafaz sumpah ni dan meninggal dunia tanpa sebarang zuriat, banyak anak Bentan dan keturunannya secara tiba-tiba alami sakit ganjil bila datang ke Kota Tinggi.

 

5. Keturunan disumpah memang betul muntah darah?

Sejarah Sultan Mahmud Shah II mangkat dijulang ni bukan dongengan semata. Ia adalah sejarah benar dan makam Sultan Mahmud pun wujud di Kota Tinggi, Johor. Cuma kisah sumpahan ni saja yang masih tak dapat dibuktikan kebenarannya. Ada yang kata sumpah ni betul wujud dan dah tak berlaku lagi sebab dah lebih 7 keturunan. Tapi ada jugak yang cakap sumpah ni boleh berlaku pada bila-bila masa je.

Menerusi beberapa pengakuan yang admin jumpa kat sebuah portal, ini pengalaman yang dikongsikan mereka yang kononnya mengaku sebagai keturunan Laksamana Bentan.

Bentan 1
sumber: blog
Sambung
sumber: blog

Pun begitu, ada jugak di antara mereka ini yang berkongsi kononnya kalau terkena muntah darah, hendaklah seseorang tu makan pisang yang bernama Raja Udang untuk hentikan darah.

Pisang Raja
sumber: blog

Tetapi bila baca komen ni… kami pun tak dapat nak pastikan kesahihannya. Lebih baik dibawa ke hospital kalau alami simptom macam ni.

Pisang Raja 2
sumber: blog

 

6. Spekulasi mengenai Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

Seperti yang admin jelaskan kat atas, bukan perkara ni je yang memburukkan reputasi Sultan Mahmud Shah II sebagai seorang sultan. Raja Ali Haji dalam bukunya bertajuk Tuhfat Al Nafis jugak ada memberitahu yang Sultan Mahmud ada sifat pelik dan ia berpunca daripada tindakan baginda yang mengahwini makhluk ghaib pontianak. Emmm memang pelik tu! 

Pontianak Vote Hhn5
gambar hiasan

Namun kisah ni tak dapat nak disahihkan benar ataupun tidak. Cuma catatan daripada Kapten Alexander Hamilton, pelayar Inggeris yang berkunjung ke Johor Lama pada 1695 dan bertemu dengan Sultan Mahmud ni agak menarik. Hamilton menjelaskan bahawa Sultan Mahmud bersikap bengis dan ganjil. Dia lebih berminat dengan lelaki-lelaki ‘cantik’. Okaayy ni lagilah pelik!

“Baginda ialah peliwat yang hebat dan mengambil ramai orang kaya atau anak laki-laki orang Bangsawan, dengan paksa membawa ke dalam istananya untuk khidmat kesat tersebut.

“Pedagang Moorish, iaitu pemunggah di kapal saya mempunyai seorang anak lelaki yang kacak, pada suatu hari Raja telah terlihat dan memerlukan ia untuk catamite. Baginda mengancam bapanya, jika dia tidak menghantarnya dengan sukarela, baginda akan mendapatkannya secara paksa.

“Orang miskin tersebut telah mengambil anaknya di atas kapal, (lalu) memohon perlindungan dari saya yang telah saya janjikan padanya..” – (Winstedt, 1932).

Walau macam manapun sehingga kini, masih jugak tak dapat dibuktikan sama ada benar atau tidak sumpahan Sultan Mahmud terhadap keturunan Laksamana Bentan ni benar-benar berlaku. Hanya mereka yang pernah mengalaminya saja yang boleh mengakuinya, namun boleh jadi jugak ia hanya kebetulan semata-mata.

Bentan 5
sumber: blog

Bagi admin, kisah ni eloklah kita ambil sebagai pengajaran buat semua supaya tak terburu-buru dalam buat keputusan sehingga mengakibatkan nyawa-nyawa yang tak bersalah melayang dengan begitu saja.

Korang berketurunan Laksamana Bentan ke? Kongsikan kisah anda bersama kami di ruang komen! 

Baca: 5 Sebab Mengapa Ratu Lagenda Ini Dianggap ‘Badass’ Dalam Ketamadunan Melayu

B

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.