in

“Senyuman terakhir papa tenang dan ceria” – Bapa Pelakon Afdlin Shauki Meninggal Dunia

Cd3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa jam yang lalu, pelakon dan pengarah terkenal Afdlin Shauqi memuat naik posting di Instragram miliknya meminta jasa baik peminatnya mendoakan kesejahteraan bapanya yang akan menjalani pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.


Dalam posting tersebut, Afdlin menunjukkan keadaan bapanya yang dibawa ke bilik bedah dengan harapan ia bukan kali terakhir mereka bertemu.

Namun, hasrat Afdlin untuk bertemu bapanya selepas pembedahan tidak kesampaian apabila dikhabarkan pada sekitar jam 2:57 pagi dikhabarkan bapa beliau Aksan bin Abu Bakar telah meninggal dunia dan berita itu disampaikan sendiri oleh Afdlin di Facebook dan Instagram.

2.57 am 11/8/2020 di HUKM Cheras tingkat 2. Innalillah wainna illaihi rojiuun. Senyuman terakhir papa yg tak habis…

Posted by Afdlin Shauki on Isnin, 10 Ogos 2020

Dalam beberapa posting lain, Afdlin juga memanjatkan doa buat ayahandanya yang tercinta agar tenang dan bahagia di sana.

View this post on Instagram

Ya Allah! Ampunilah ayahku, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia, ampunilah dosanya, muliakanlah kedudukannya, lapangkanlah kuburnya dan mandikanlah dia dengan air, salji dan embun. Bersihkanlah dia dari semua kesalahan sebagaimana kain putih dibersihkan dari kekotoran, gantikanlah rumah yang lebih baik daripada rumahnya (di dunia), keluarga yang lebih baik daripada kami keluarganya dan masukkanlah dia ke dalam syurga serta lindungilah ayahku daripada azab kubur, fitnahnya dan daripada seksa api neraka. Ya Allah! Janganlah kiranya pahala kami tidak sampai kepadanya, janganlah Dikau fitnahkan kami sepeninggalannya. Ampunilah kami dan ibubapa kami juga saudara-saudara kami yang telah pergi dahulu dengan membawa iman dan janganlrah Dikau menjadikan resah gelisah dalam hati kami dan bagi orang yang beriman. Wahai Tuhan kami; Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang! Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ , penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur Ayah kami sebagai sebuah taman daripada taman-taman syurga. Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi Ayah kami, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga yang menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah  yang juga yang mencabut nyawanya, Dikau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami memohon syafaat kepada-Mu untuk Ayah kami. Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh Ayah kami, limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat! Selawat Allah dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad ﷺ . dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. ‎امين امين يا رب العالمين

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Tidak ketinggalan beberapa artis tempatan seperti Lisa Surihani, Anuar Zain dan lain-lain selebriti juga turut mengucapkan takziah dan mendoakan kebaikan buat arwah di ruangan komen.

Cd

Walau bagaimanapun, Afdlin tidak mendedahkan penyakit yang dialami oleh bapanya dan meredhai pemergiannya.

Jadi, sama-samalah kita mendoakan agar arwah sentiasa dicucuri rahmat dan tergolong dalam kalangan orang yang beriman.

Baca: “Semoga Allah tempatkan Ochajon di syurgaNYA” – Nenek Pelakon Daler Yusuf Meninggal Dunia Akibat COVID 19

Cd4

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.