“Senang lah nk travel” – Inisiatif Jepun Wujudkan Tempat Solat Di Lebuh Raya Terima Pujian Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Semua orang pasti mengidamkan percutian yang sempurna. Lebih-lebih lagi untuk orang Islam yang menitik beratkan soal solat ketika mengembara.

Bagi memudahkan para pelancong, Jepun telah mewujudkan beberapa tempat solat disepanjang lebuhraya negaranya bagi memudahkan urusan tersebut. Baik betul hati orang sana, sangat menghargai tetamu. Cuba korang tengok tweet @asfaiznism kat bawah ni.

Senang nak travel lepas ni

Itulah yang diharapkan oleh semua kaki travel. Dah ada kemudahan solat lagi senang lah nak pegi sana kan. Bagus betul orang Jepun, secara tak langsung boleh tingkatkan ekonomi dorang.

Ohh ada pembetulan sikit. Bukan semua. Nanti di masa depan ada lah tu untuk semua. Mudah sikit urusan kat sana nanti kan.

Yeah betul. Walaupun admin belum pernah sampai Jepun, tapi ikut pengalaman admin travel ke tempat lain, memang selalu solat kat parking lot. Ni dah ada senang sikit, tak perlu solat sambil tahan sejuk.

Itulah, bagus kan Jepun ni. Dulu datang negara kita jajah habis semua. Sekarang nampak gayanya dorang lebih santun kepada orang luar. Bagus.

 

Baca: Legenda Animasi Jepun Studio Ghibli Akan Release Dua Filem Tahun- Ini

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.