in

“Tercapai hajat” – [VIDEO] Ramai Terharu Cikgu ‘Sporting’ Bantu Pelajar OKU Cuba Buat Lompat Tinggi

Cikgu Bantu Oku Lompat Tinggi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak semua daripada kita dilahirkan dalam keadaan sempurna. Adakalanya, kekurangan yang ada pada seseorang itu menyukarkan mereka untuk menjalankan kehidupan seharian. Namun, masalah tersebut mungkin dapat diselesaikan jika golongan ini mendapat bantuan serta sokongan orang sekeliling.


Pelajar OKU cuba acara lompat tinggi 

Begitu jugalah situasinya seperti satu video yang dimuat naik oleh seorang TikTokers @kentangterox yang boleh memberi inspirasi kepada orang ramai.

@kentangterox

Alhamdulillah tahun ni lepas juga?#fyp #ackn #NNN #viral

♬ bunyi asal – Haikal ackn? – Haikal ackn?

Dalam video tersebut, situasi riuh dapat dilihat melibatkan beberapa kumpulan murid yang sedang bersukan dalam acara lompat tinggi. Namun, apa yang mencuri tumpuan apabila terlihat seorang remaja orang kurang upaya (OKU) tengah berlari untuk mencuba aktiviti berkenaan.

Terharu tengok cikgu ‘sporting’ angkat pelajar lepasi palang

Bagaimanapun, suasana riuh pada awalnya bertukar sebak apabila terdapat seorang guru yang setia menunggu remaja itu. Lebih mengharukan, guru tersebut sempat membantunya untuk melepasi palang sebelum menerima sorokan gemuruh daripada para pelajar.

Berkat pertolongan itu juga, siapa sangka ia merupakan hajat yang ingin dicapai oleh murid berkenaan selepas sekian lama mencuba hampir beberapa tahun.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa tersentuh apabila melihat tindakan guru berkenaan. Malah, ramai juga yang memuji peranan rakan-rakannya kerana tidak jemu memberikan sokongan kepada seorang insan istimewa.

Komen Lompat

Memang terbaiklah cikgu ni! Semangat positif macam nilah yang kita kena pupuk!

Baca: “[VIDEO] BIADAP! Tembak OKU Dengan Mercun Das, Polis Tahan 2 Pekerja Kurier”

Oku

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.