“Sedut darah sampai kenyang” – Ibu Terkejut Macam Mana Lintah Boleh Masuk Pampers Anak Berusia 4 Tahun!

Biasalah kalau musim-musim sejuk dan hujan ni, banyak serangga dan haiwan yang merayap keluar dari kawasan persembunyian masing-masing. Paling admin geli serangga macam lipas dan lintah! Euw! 

Apa-apapun ibu bapa kat luar sana eloklah korang berhati-hati dan pantau gerak geri serta keadaan anak-anak anda.

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang ibu di Thailand baru-baru ni berkongsi kisah yang mana alat sulit anaknya berusia 4 tahun telah dimasuki lintah yang menyedut darah budak tersebut! 

 

Masuk ke dalam vagina budak dan sedut darah sampai kenyang! 

Seperti mana ibu mangsa, begitulah jugak admin tengah fikirkan macam mana agaknya lintah tersebut boleh masuk ke dalam pampers budak tu dan terus ke vaginanya sebab budak tu memang selalu pakai seluar.

Malah lebih mengerikan, lintah tu katanya dah sedut darah dari dalam vagina kanak-kanak berkenaan sehingga kenyang dan ia sendiri jatuh terkeluar daripada pampers budak tu dengan sendirinya. Uish gilalahhh! 

Sumber: WOB

 

Lintah tak membahayakan tapi… 

Menurut ibu mangsa, gigitan lintah nampak macam tak berbahaya buat masa ini tapi semasa kejadian ia mengambil masa yang agak lama jugalah sebelum luka kanak-kanak tersebut berhenti berdarah.

Sumber: WOB

Apa-apapun ibu mangsa dah bawa anaknya ke hospital dan buat check up selanjutnya. Menurut doktor, gigitan lintah tu tak toksik pun tapi ibu mangsa akan bawa anaknya buat lebih banyak pemeriksaan kerana takut ia akan beri kesan pada masa akan datang. 

Haih berhati-hatilah ibu bapa kat luar sana. Sentiasa periksa pampers anak anda! 

Baca: “Ingatkan sakit kronik” – Wanita Terkejut Bila Doktor Jumpa Lintah Dalam Tekak Lepas Batuk Berdarah

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!