Berita gembira buat rakyat Malaysia yang gemar melancong! Pasport Malaysia kini secara rasmi naik ke tangga kedua paling berkuasa dunia dalam The Passport Index Global Ranking 2026.
Perkembangan itu diumumkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), sekali gus menunjukkan pasport negara semakin kukuh dan diterima di peringkat antarabangsa.
Jika pada tahun 2025 Malaysia berada di kedudukan ketiga, tahun ini pasport negara berjaya melonjak ke tangga kedua dan berkongsi kedudukan tersebut bersama Singapura.
Menurut data penarafan itu, pemegang pasport Malaysia kini mempunyai akses ke 175 destinasi di seluruh dunia, iaitu:
- 129 destinasi bebas visa
- 46 destinasi dengan visa semasa ketibaan
- 23 destinasi yang masih memerlukan visa

Artikel berkaitan: Pasport Malaysia Antarabangsa Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Mula Dilaksanakan
Artikel berkaitan: “Cantiknyaa” – Orang Ramai Teruja Tengok Imej Tersembunyi Dalam Passport Malaysia
JIM menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti kekuatan serta pengiktirafan pasport Malaysia di mata dunia.
Berdasarkan The Passport Index Global Ranking 2026, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengekalkan kedudukan sebagai pemilik pasport paling berkuasa dunia. Sementara itu, Sepanyol berada di tangga ketiga selepas Malaysia dan Singapura.
Sementara itu, bagi negara Asia Tenggara yang lain pula, pasport Brunei berada pada kedudukan ke-18 dunia diikuti Timor-Leste (45), Thailand (52), Indonesia (55), Filipina (64), Vietnam (71), Kemboja (73), Laos (78), dan Myanmar (85).
Sumber: Sinar Harian
