Kesiannya, kalau disini frontliner disanjung lain pula di negara jiran, ada yang memandang mereka ini macam ‘kotor’ dek kerana dianggap pembawa Covid-19.
Video sekumpulan frontliner dicaci dan dihalau oleh orang kampung ini telah mengundang kemarahan wargent tempatan apabila menontonnya.
Balik balik, balik!”
Dalam video itu dilihat orang ramai berkerumun mengelilingi sekumpulan frontliner sambil berteriak dan menolakserta menghalau mereka untuk keluar dari tempat tersebut.
Dalam suasana riuh itu kedengaran orang kampung teriak dengan kata “corona”.
kesian.. Frontliner di indonesia kena halau dengan orang kampung. pic.twitter.com/1CYeEC5spB
— Twiter Virall (@twitervirall) June 4, 2020
Biarpun lokasi spesifik masih belum diketahui tetapi ianya ketara menunjukkan insiden ini berlaku di sebuah perkampungan di Indonesia.
Ramai netizen marah dengan tindakan mereka, malah ada juga yang mengerti jika mereka tidak terdedah dengan ilmu mendalam pasal Covid-19. Bahkan, tindakan yang mereka semua lakukan ini jauh lebih bahaya.
Sebab itu lah pendidikan tu penting – Netizen
Mereka hanya menjalankan tugas usahlah di layan sebegitu, kita patut sedar yang nyawa kita bergantung pada mereka dan nyawa mereka pula ditaruhkan.