in

Bapa Bella Hadid Cerita Kisah Dihalau Sampai Jadi Pelarian Gara-Gara Bagi Orang Yahudi Tumpang Rumah

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, adik beradik Bella dan Gigi Hadid sering bersuara mengenai isu yang berlaku di Palestin sejak beberapa tahun lalu. Ini kerana kedua-dua adik beradik ini mempunyai darah Palestin dari belah bapa mereka, Mohamed Hadid.


Malah, Mohamed Hadid juga sering bersuara mengenai kesengsaraan yang dihadapi oleh orang Palestin kerana dia sendiri merupakan pelarian selepas rumahnya didakwa telah dirampas oleh orang Yahudi. Kalau korang nak tahu ceritanya, jom baca!

Artikel berkaitan: “I’m not afraid to lose job” – Pengakuan ‘Berani’ Bella Hadid Sokong Palestin Buat Ramai Kagum

Artikel berkaitan: Supermodel Gigi Hadid Dermakan Gaji Fashion Week 2022 Kepada Mangsa Ukraine & Palestin

Bagaimana Gigi dan Bella bersangkut-paut dengan Palestin

Gigi Bella Hadid Uk Vogue Web Lead.jpg

Mohamed Anwar Hadid dilahirkan sebagai seorang Palestin oleh keluarga Muslim yang menetap di Nazareth pada tahun 1948. Dia mengatakan bahawa ibunya merupakan keturunan pemimpin Arab pada abad ke-18 dari utara Palestin, Dahir al-Umar.

Manakala isterinya, Yolanda Foster merupakan bekas model dan bintang realiti TV berketurunan Belanda. Ini menjadikan Bella dan Gigi Hadid mempunyai darah separuh Palestin dan separuh Belanda.

Kalau korang nak tahu, nama sebenar Bella adalah Isabella Khairiah Hadid manakala nama sebenar Gigi pula adalah Jelena Noura Hadid.

Kisah Mohamed Hadid meninggalkan Palestin sebagai pelarian

398921424 18403452988022321 7065797652384198388 N

Mohamed dan ibu bapanya terpaksa melarikan diri dari Palestin ekoran perang yang berlaku pada tahun 1947 sehingga 1949.

Dikatakan, bapa Mohamed mengatakan bahawa dia tak mahu keluarganya ini terpaksa hidup di bawah pendudukan Israel. Ekoran ini, mereka telah berjalan selama dua malam untuk sampai ke sempadan Lebanon sebelum diberikan perlindungan sebagai pelarian di Syria.

Pada tahun 2015, Mohamed pernah kongsikan satu gambar lama keluarganya di Instagram serta turut menceritakan pengalamannya ketika keluarganya ini tinggal di Syria sebagai pelarian.

Menurutnya, ketika itu dia baru sahaja berusia 18 bulan dan selepas meninggalkan negara kesayangan mereka, Palestin dan tinggal di kem pelarian Syria, bapanya telah mendapatkan kerja sementara di Universiti Damascus yang terletak di Syria.

Dalam satu temubual, Mohamed mengatakan bahawa keluarga mereka telah kehilangan rumah mereka di Safed kepada satu keluarga Yahudi.

Dia mengatakan, keluarganya telah memberikan tempat tinggal kepada keluar Yahudi tersebut ketika mereka menjadi pelarian dari Poland dan terpaksa menaiki kapal ke satu negara ke negara yang lain namun tak ada yang mahu menerima mereka.

Malangnya, tetamu kami yang ibu dan bapa saya berikan tempat tinggal selama 2.5 tahun telah kunci kami dari rumah kami sendiri dan ambil semua barang-barang kami. Malah, dorang juga tak kasi ibu saya untuk ambil selimut untuk selimutkan saya.”

Tambahnya lagi, semua orang yang tinggal di bandar Safad termasuk keluarga bapanya, pakciknya dan rakan keluarganya yang ada di sana telah dibunuh atau menjadi pelarian seperti apa yang berlaku di Gaza sekarang.

Kami hanya mempunyai dua pilihan, lari atau mati.”

Pun begitu, Mohamed Hadid turut mengucapkan terima kasih kepada Tunisia kerana memberikan mereka tempat tinggal, Jordan kerana memberikan mereka pasport dan identiti serta Amerika kerana telah memberikan kehidupan yang baik kepada keluarganya.

Untuk ibu dan bapa saya, anda telah menderita tapi telah melindungi kami dan tak pernah benarkan kami untuk membenci orang yang telah mencuri rumah kita dan rumah atuk saya di Safad.”

Kehidupan Mohamed Hadid

T Mohamed Hadid Ilegal Drama.jpg

Keluarga Hadid telah berpindah ke Washington, D.C ketika Mohamed berusia 14 tahun. Mohamed kemudiannya memulakan kerjayanya dengan memperbaiki dan menjual kereta-kereta klasik sebelum berpindah ke Greece dan membuka kelab malam di sebuah pulau di sana.

Dengan menggunakan keuntungan tersebut, Mohamed telah memulakan perniagaan hartanahnya di Amerika Syarikat dan kini, lelaki berusia 74 tahun ini bekerja sebagai pemaju hartanah mewah dan dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak US$5 juta.

Mohamed pernah berkahwin dengan seorang wanita bernama Mary Butler pada tahun 80-an dan dikurniakan dengan dua cahaya mata perempuan, Alana dan Marielle. Pasangan ini berpisah pada 1992 sebelum berkahwin dengan model Belanda Yolanda pada 1994 dan mendapat tiga orang anak iaitu Gigi, Bella dan Anwar. Mereka telah failkan penceraian pada tahun 1998 dan dari tahun 2014 hingga 2019, Mohamed menjalinkan hubungan dengan Shiva Safai iaitu seorang model Iran.

Sumber: Wion, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.