Selepas isu kontroversi tersebarnya video bekas juara Dewi Remaja 2018/2019 berparti di kelab malam, nama Ernisha yang juga bekas finalis bagi program tersebut disebut-sebut ramai.
Videonya yang tidak berhijab dan meneguk minuman keras tersebar di media sosial dan menjadi kecaman ramai. Pun begitu, Ernisha sebenarnya ada jawapan kepada tindakan membuka tudung itu.
“Saya akui sebelum ini saya memang on dan off berhijab”
Menurut Astro AWANI, Ernisha menganggap kontroversi di kelab malam itu antara detik yang sukar dalam hidupnya. Macam manapun, semua ni bukan alasan untuk dia cabut tudung kan?
“Saya akui sebelum ini saya memang on and off berhijab. Malah iman jadi goyang kerana walaupun saya berhijab tetap kena kecam hingga saya tertanya-tanya betul ke keputusan saya untuk berhijab sebelum ini.
“Namun buat masa ini saya mahu muhasabah diri dulu, minta petunjuk dari Tuhan dan biar Dia yang tentukan jalan apa patut saya pilih,” katanya.
Dalam masa yang sama Ernisha meminta mereka kat luar sana doakanlah semoga dia kekal berhijab dan dapat perbaiki kesalahan yang dia lakukan sebelum ni.
Menyesal salah bergaul dengan individu tak sepatutnya
Sebab tu lah kata orang, mempunyai rakan sebaya ni sebenarnya ada pros dan consnya. Tengoklah kepada cara macam mana kita memilih kawan yang baik untuk kita. Salah pilih, haa terjebaklah ke perkara yang tak elok kan?
Dalam isu ini, Ernisha mengaku dia menyesal atas perbuatan dan pilihannya dalam bergaul dengan individu yang tak sepatutnya.
Malah dia jugak sebenarnya terkejut apabila didatangi individu yang tidak dikenali dan beri nasihat serta kata semangat lepas dilanda kontroversi tersebut. Syukurlah!
“Saya akan kembali semula nanti. Tetapi dalam tempoh ini saya akan isikan diri dengan pelbagai ilmu seperti lakonan, pengacaraan atau nyanyian.
“Doakan saya terus kuat menghadapi dugaan ini. Satu pengajaran saya dapat daripada insiden ini adalah jangan terlalu mudah mempercayai orang lain walaupun sahabat baik kita sendiri,” katanya lagi.
Ernisha bersama seorang lagi bekas finalis, Fazreen Fazera sebelum ni telah membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan video kontroversi tersebut. Disebabkan melanggarkan kontrak, gelaran finalis Dewi Remaja mereka telah ditarik balik.
Baguslah kalau ada niat untuk berubah. Marilah kita mendoakan yang baik-baik daripada mengecam.