in

“Woi Malaysian boy, kau standby eh!” – Tangkap Pencuri Di Shopping Mall Singapura, Budak Lelaki Ni Tak Pasal-pasal Kena Ugut Bunuh

Bunuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adatlah kalau tinggal di negara orang kita kena ikut peraturan sana dan elakkan diri daripada terjebak dengan masalah yang boleh datang mudarat kepada diri sendiri.

Macam manapun, seorang lelaki baru-baru ni tak sangka niatnya di perantauan yang membantu polis tangkap seorang pencuri telah membawa bahaya kepada diri sendiri.


 

“Kalau ikutkan hati memang nak rembat je lelaki ni tapi…” 

Menerusi perkongsian abang mangsa, Hisyam Yaacob di Facebook, adiknya yang bekerja di sebuah outlet dekat Tampines One Shopping Center, Singapore ni dapat tangkap seorang lelaki mencuri di tempat dia bekerja.

“Kejadian ni berlaku malam semalam dekat Tampines One shopping centre. Adik aku dapat tangkap lelaki ni mencuri dekat outlet tempat dia bekerja. Kecoh. Berlaku pergelutan sebab lelaki ni nak lari lepaskan diri.

“Adik aku ni bagus, kalau ikutkan hati memang dia nak rembat je lelaki ni tapi bila fikir bekerja dekat tempat orang, taknak jadi kes gaduh so dia tahankan je. Malique pun dah pesan, “Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau.” Dah jadi kes polis. Saksi, cctv, bukti semua dah ada” 

sumber: twitter

 

“Si bingai tu ada ugut bunuh dekat adik aku. Siap jerit-jerit maki polis masa nak kena gari” 

Dah kena tangkap tu ingatkan kes selesailah kan. Yang jadi tak bestnya pulak, tiba-tiba si penjenayah tu jerit-jerit pada adiknya konon nak ugut bunuh. Disebabkan hal ni, adiknya yang berulang alik dari Johor Bahru ke Singapura ni jadi takut dan tak sedap hati. Yelah kan, dah lah bekerja kat tempat orang tetiba jadi macam ni pulak. 

“Tujuan aku post benda ni sebab si bingai tu ada ugut bunuh dekat adik aku. Siap jerit jerit maki polis masa nak kena gari.

“Last sebelum dia gerak dengan polis, dia jerit kuat-kuat, “Woi Malaysian boy, kau standby eh nanti, babi kau, kau standby.” Tak ke dedor adik aku hari-hari nak ulang alik pergi kerja Jb-Tampines. Aku risaukan keselamatan adik aku.

“Adik aku dah dapatkan kad perlindungan dari polis. Jadi kalau ada kawan-kawan yang bekerja area Tampines, Simei, Bedok, Cangi atau Pasir Ris boleh la kita stanby secara berjemaah. Kot la dia nak ajak lepak minum. Benda boleh bincang.” 

50325150 2583020881724522 7813054293249884160 N
Suspek yang ugut bunuh | sumber: facebook
50395155 2583020895057854 3950960941239107584 N
sumber: facebook
50805209 2583020971724513 704564461213581312 N
sumber: facebook

Admin harap mereka yang ada di Singapura tu tolonglah tengokkan adik brader ni. Kesian, dahlah pergi ke sana untuk cari rezeki. Tak pasal-pasal pulak kena ugut bunuh macam ni.

Stay safe everyone! 

Baca: “Memang b*bi la jantan s*al ni..” – Netizen Bengang Lelaki Tampar, Tumbuk Dan Ugut Bunuh Anak Jika Isteri Tak Pulang

Featured 11 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.