in

“Saya cuma tunaikan permintaan anak saya” -Pemandu Bawa Budak Atas Bumbung Kereta Akhirnya Ditangkap

Collage 45

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak sampai 24 jam video tiga budak berani duduk atas kereta bergerak laju tular di media sosial, polis berjaya kesan dan tangkap pemandu kereta tersebut.


Menurut NST, ekoran dari laporan orang awam dan video tular tersebut, Ketua Polis Seri Alam Superitenden Ismail Dollah berkata pihaknya telah menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pemandu kereta tersebut.

Pada pukul 7.45 malam kelmarin, lelaki berusia 49 tahun yang dipercayai pemandu kereta Toyota Vios tersebut telah ditahan di sebuah rumah di Taman Nusa Damai, Pasir Gudang.

Screenshot 2019 07 22 At 10.36.20 Am

Lelaki yang bekerja sebagai pemandu van sekolah ini telah ditahan reman untuk dua hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 336 kerana perbuatan membahayakan keselamatan orang lain.

“Kami juga telah merampas kereta Toyota Vios yang dipandu semasa insiden ini berlaku dan tiga budak berusia 10 dan 12 tahun juga telah memberikan kenyataan mereka untuk membantu siasatan.”

Kami juga dapat tahu, salah seorang dari kanak-kanak ini merupakan anak lelaki pemandu tersebut.”

Sementara itu, Pengarah Pengangkutan Jalan Johor, Razali Wagiman berkata, siasatan mereka menemui yang dua lagi kanak-kanak lain merupakan anak kepada jiran pemandu kereta tersebut.

“Apabila JPJ dan pegawai polis pergi ke rumah lelaki ini, kami menemui kenderaan yang terlibat dalam insiden ini. Pemandu tersebut juga mengaku telah memandu kereta tersebut pada pukul 3.30pm kelmarin dan membiarkan anak-anak jiran dan anaknya untuk duduk di belakang kenderaan tersebut.”

Dia juga mengaku telah melanggar lampu merah dan mengatakan tindakannya ini hanyalah semata-mata untuk tunaikan hasrat anaknya.” 

Razali juga menambah yang pihaknya telah mengeluarkan dua saman kepada pemandu ini kerana memandu dengan cuai dan melanggar lampu merah.

Kita sebagai ibu bapa, kalau boleh kita memang nak tunaikan semua permintaan anak-anak. Tapi, sebagai orang yang lebih berumur dan berpengalaman, kita juga sepatutnya lebih tahu tentang batas sesuatu perkara.

 

Baca: “Campak mak bapak masuk lokap” – Polis Cari Dua Budak ‘Bertenggek’ Atas Kereta Sambil Mak Ayah Langgar Lampu Merah

Screenshot 2019 07 23 At 9.24.30 Am

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.