in

Campak mak bapak masuk lokap” – Polis Cari Dua Budak ‘Bertenggek’ Atas Kereta Sambil Mak Ayah Langgar Lampu Merah

Collage 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, baru-baru ni tular satu video yang dikongsikan di Facebook menunjukkan dua orang budak ‘bertenggek’ di atas kereta yang sedang bergerak laju, siap langgar lampu merah lagi.


Menurut MyMetro, ekoran dari kejadian aksi lagak ngeri yang berlaku di Taman Scientax ini, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata pihaknya telah pun menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pemandu dan kanak-kanak terbabit.

Posted by Chitran Tamil Chelvan on Saturday, July 20, 2019

“Kami meminta kerjasama mereka tampil ke balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam untuk membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.”

Selain itu, polis juga turut meminta saksi kejadian atau orang awam yang mempunyai maklimat untuk menghubungi IPD Seri Alam di nombor 07-3864222 bagi membantu siasatan.

Mana lah tak bahaya, budak-budak ni selambe je minum air kat atas kereta lepas tu bila kereta gerak dorang siap buat stunt Superman lagi. Hati kering betul lah ni…

67631973 972902876374108 3895401205643345920 N 1
Sumber: facebook

Admin macam tak percaya je yang bawak kereta ni mak bapak dorang, takkanlah mak bapak sanggup nak bahayakan nyawa anak macam ni…

 

Baca: Bahaya! Kanak-Kanak Dirakam Duduk Dan Bergayut Atas Kereta Sedang Bergerak

Screenshot 2019 07 22 At 10.36.20 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.