in

“Saya bukan jenis suka kecoh”- Nadia Brian & Suami Sah Cerai Talak Satu

Cats 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rumah tangga yang dibina sejak November 2019 kini telah bertemu titik noktah apabila Nadia Brian dan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Muizz Nasruddin telah sah bercerai talak satu kelmarin.


Bercerita kepada Kosmo, Nadia atau nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rahshidi, 31, beritahu yang perceraian tersebut dilafazkan di luar mahkamah mengikut permintaan bekas suaminya itu.

“Apa pun kena bertenang. Saya bukan jenis kecoh, tapi kalau orang tanya itulah jawapannya.”

130438656 206994507641676 5597531111226822305 N E1608025770210

Nadia tak terbuka lagi untuk berkongsi lokasi sebenar lafaz cerai tersebut dilakukan.

“Alhamdulillah semuanya okay je dan ya kami sudah sah bercerai.”

Pada 14 Disember tahun lalu, Muizz sebenarnya dah failkan perceraian terhadap Nadia di sebuah mahkamah tapi belum sempat dibicarakan sebab mahkamah tersebut ditutup kerana situasi Covid-19 yang agak merisaukan waktu itu.

Dz6Fsdvuyaaurcy

Sebelum ini, Nadia memang akui yang rumah tangganya sudah mula bergolak sejak November tahun lalu tapi dia tak mahu ulas perkara itu dengan lebih lanjut sebab takut keruhkan lagi keadaan. Tak apa, perkara yang dah lepas biarlah lepas.

Keretakan rumah tangga mereka bermula bila Nadia sering muatnaik InstaStory yang memberi bayangan yang dia berstatus ‘solo’ walaupun pada ketika itu dia masih bergelar isteri kepada Muizz. Isu ini semakin memuncak bila Muizz ‘buka cerita’ tentang kecurangan Nadia bersama dengan dua orang lelaki lain.

Namun kita tak boleh lah nak sesuka hati salahkan pihak Nadia atau suaminya, mereka pasti ada penjelasan masing-masing.

Takdir dan jodoh tu di tangan Tuhan. Kita ni cuma mampu merancang je. 

 

Sumber: Kosmo! Online

Baca:”Kerenah? Aku tak pernah paksa kau masak, cuci baju…” – Suami ‘Bidas’ Kenyataan Nadia Brian

Capture 13

Sumber: Kosmo
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.