in

“Kerenah? Aku tak pernah paksa kau masak, cuci baju…” – Suami ‘Bidas’ Kenyataan Nadia Brian

Ft Muiz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Saya sudah tawar hati dengannya. Banyak juga kerenah Muizz yang tak dapat saya kongsikan demi menjaga aibnya.”


Begitulah kenyataan Nadia Brian ketika disoal mengenai isu pergolakan rumah tangganya.

Tak berdiam diri, suami mempersoalkan apa ‘kerenah’nya yang diperkatakan itu.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam InstaStorynya semalam, Muizz Nasruddin mengatakan selama ini dia tidak mendedahkan masalah rumah tangga yang dialami mereka kepada umum.

Karenah?

Aku tak pernah paksa kau masak, cuci baju, bersihkan rumah, semua tu, maid ada disediakan!

Aku tak pernah halang dan paksa kau bekerja, aku tak pernah halang kau berkawan, aku tak pernah berkasar dengan kau.

SO APA YANG KAU DERITA SANGAT?

Muiz4

 

Muizz juga menyatakan sepanjang perkahwinan mereka yang tak sampai pun usia setahun, segala keperluan dan nafkah disediakan mencukupi mengikut kemampuannya.

“Aku hanya tak mampu hadiahkan kau rumah dan memenuhi kehendak kau buat masa sekarang ini.

Sekarang ini ialah waktu sukar kerana keadaan ekonomi yang teruk. Adakah ini alasan untuk semua perkara buruk yang telah kau lakukan kepada aku?!”

Selain itu, Muizz juga menafikan bahawa dia mengejar populariti dengan mendedahkan hal rumahtangganya kepada umum. Katanya dia tak mendapatkan apa-apa pun dari populariti.

FAME DON’T PAY ME.”

Ini tulisnya di IG story.

Muiz1.2 Muiz1.3

Muizz dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap Nadia. Dia berbuat demikian kerana mendapati isterinya curang setelah melihat dengan matanya sendiri yang isterinya bersama seorang lelaki di bilik hotel di Cyberjaya.

Bagaimanapun, Nadia Brian menafikan tuduhan berkenaan sekeras-kerasnya.

“Biar Allah saja tahu perkara yang sebenar. Mengenai curang saya menafikan sekeras-kerasnya. Saya tidak curang sepanjang tempoh perkahwinan dengan Muizz.”Harian Metro

Difahamkan semenjak kejadian itu, mereka tinggal berasingan dan kini pasangan itu sedang menunggu tarikh dari pihak mahkamah.

 

Baca : “Saya sendiri nampak isteri saya bersama seorang lelaki di bilik hotel di Cyberjaya” – Suami Nadia Brian

Muiz5

Sumber: Harian Metro
Sumber: Instastory

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.