in

“Saya boleh tunggu lagi” – Keputusan Rayuan Pembebasan Ditangguh, Ini Respon Syed Saddiq

Syed Saddiq Kes Tangguh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menangguhkan keputusan akhir rayuan pendakwaan terhadap pembebasannya pada 13 Julai depan.

Syed Saddiq berkata, walaupun mengharapkan kesnya yang berlarutan sejak enam tahun lalu berakhir hari ini, beliau menghormati keputusan mahkamah susulan salah seorang panel hakim mengambil cuti sakit.


“Saya menghormati urusan Yang Arif Hakim dan institusi kehakiman negara. Mahkamah merupakan benteng terakhir untuk saya mendapatkan keadilan berdasarkan fakta, bukannya melalui jalan di luar mahkamah.

“Saya berharap hari ini semuanya dimuktamadkan, tetapi saya perlu menunggu bersama keluarga,” katanya.

 

Screenshot 2026 06 30 120555

Menurutnya, enam tahun beliau berjuang untuk membersihkan nama dan maruahnya, jadi tidak ralat untuk menunggu keputusan itu dalam dua minggu lagi.

Artikel berkaitan: “Sukar untuk saya komen…” – Keputusan Rayuan Akhir Bakal Tiba, Syed Saddiq Buka Mulut Soal Rumah Tangga

Artikel berkaitan: PA Respon Isu Kononnya Syed Saddiq Pernah Mesej Wanita Lain Ketika Bercinta Dengan Bella Astillah?

Mengulas lanjut, pihaknya maklum terdapat pelbagai kemungkinan yang tidak dijangka boleh berlaku sepanjang prosiding mahkamah, termasuk membabitkan faktor kesihatan.

“Ada banyak senario yang kita tidak jangkakan. Apabila melibatkan soal kesihatan, kita perlu hormat, khususnya melibatkan institusi kehakiman negara,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan keyakinannya terhadap kes berkenaan tidak pernah berubah sejak siasatan dimulakan.

Sumber: Kosmo!

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.