in

PA Respon Isu Kononnya Syed Saddiq Pernah Mesej Wanita Lain Ketika Bercinta Dengan Bella Astillah?

Ft Pa Syed Saddiq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak ada angin, tak ada ribut, hubungan antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan pelakon Bella Astillah tiba-tiba menjadi tumpuan setelah ada individu secara tiba-tiba membuat pendedahan yang boleh mencemarkan hubungan pasangan yang baru sahaja mengikat tali pertunangan itu.

Ianya bermula apabila ada satu pengguna akaun di Threads yang tidak tahu kesahihan identitinya mendakwa bahawa kononnya Syed Saddiq ada hubungi wanita lain semasa bercinta dengan Bella Astillah.


Artikel berkaitan: “33 tahun tak pernah dengar” – Abang Dedah Syed Saddiq Hanya Ucap ‘I Love You’ Kepada Bella Astillah

Artikel berkaitan: Rupa-rupanya Sudah Lama Rancang, Netizen Dakwa Terserempak Syed Saddiq Cari Cincin Di Ampang

“DM orang masa puasa?”

Screenshot 2026 04 15 160738

Dalam perkongsian individu tersebut, ada perkongsian menunjukkan gambar mesej yang kononnya Syed Saddiq sedang berkomunikasi dengan seseorang dan individu tersebut akan mendedahkan butiran selanjutnya seandainya.

Bagaimanapun, foto tersebut telah mengundang rasa curiga akan kesahihan gambar tersebut kerana ada yang mendakwa ianya mungkin telah disunting berdasarkan pemerhatian netizen.

Screenshot 2026 04 15 161006

Screenshot 2026 04 15 161116

Terpanggil dengan isu tersebut, pembantu peribadi kepada Syed Saddiq iaitu Amir Fiqri ada tampil memberikan respon dengan memberikan nasihat sinis kepada pengguna tersebut supaya gunakan identiti sebenar. Amir juga menggesa pengguna tersebut supaya tidak membuat ugutan dengan menggunakan naratif imaginasi.

Screenshot 2026 04 15 161809

Dalam perkongsian lain, Amir Fiqri mendedahkan yang dirinya telah menghubungi individu tersebut, bagaimanapun penjelasan daripada individu tersebut agak meragunkan apabila dia seolah-olah cuba ‘mengugut’ untuk mendedahkan ‘rahsia’ mengenai Syed Saddiq kepada Sarah Yasmine.

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.