in

“Satu hari nanti saya tanggalkan” – Mengaku Masih ‘Badboy’ MK Terima Teguran Netizen Tentang Rantai Emas

Collage 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, gambar-gambar penyanyi rap kumpulan K-Clique, MK menyertai tabligh yang dimuat naik di Instagram peribadinya telah menjadi tumpuan ramai peminat.


MK dan rakan-rakannya telah berkampung selama tiga hari di Jerantut, Pahang bagi mendalami ilmu agama.

Memetik laporan dari Kosmo, MK mengatakan yang niat dia menyertai kelas agama tersebut adalah untuk mendisiplinkan diri dan segarkan minda dan jiwanya dengan ilmu-ilmu agama.

Bukan berubah 360 darjah jadi orang alim. Hidup ini satu perjalanan dan perlahan-lahan kita berubah ke arah kebaikan.

Alhamdulillah, sama-sama kita perbetulkan apa yang perlu diperbetulkan.”

Kata MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amri Hamdan, dia sebenarnya dah lama dah ada niat untuk belajar agama bersama jemaah tabligh jadi dia cuba untuk kosongkan jadual sejak tiga bulan lepas dan fokus 100 peratus terhadap kelas tersebut.

Orang cakap perubahan itu nampak terlalu drastik tetapi tidak benar, perkara itu cuma berlaku secara spontan.

“Media sosial hanya tempat dan pilihan kita untuk berkongsi apa yang mahu ditonjolkan atau perlu orang sedari. Tak semua perkara kita ingin tunjuk.

“Misalnya, kalau kita ada masalah, kita tak tunjuk semua itu, kita simpan sendiri.

“Orang mudah menghakimi kita hanya berdasarkan apa yang kita tunjuk dalam media sosial sedangkan itu bukan realiti.”

“Satu hari nanti saya tanggalkan”

140727118 1640626692792435 750084676010099242 N 768X960 1

Sejak awal kemunculannya, MK yang sering ditegur netizen kerana menggayakan rantai dan gelang emas ini berkata yang dia sedar tanggungjawabnya sebagai public figure dan bukan niatnya untuk mewujudkan contoh yang tak baik.

MK tetap MK. Masih bad boy. Orang luar kena tahu sebagai penghibur, tugas kami menghiburkan bukan nak mewujudkan contoh-contoh yang tidak baik.

“Saya terima teguran masyarakat tentang pakai rantai emas. Jangan risau, satu hari nanti saya tanggalkan.”

 

Baca: “Nampak pakai gelang emas terus turn off” – MK Buat Video TikTok Ala-Ala Nak ‘Mengorat’ Tapi Netizen Kritik Haram Pakai Gelang Emas

Screenshot 2021 03 16 At 2.19.43 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.