Pastinya sekarang ramai orang Malaysia peka dengan apa yang terjadi dengan dunia hiburan sekarang iaitu perkahwinan Mizz Nina dan juga MK K-Clique. Mesti peminat tumpang gembira apabila mendengar khabar berita ini, mungkin juga ada yang frust tengok rapper pujaan mereka dah dimiliki orang.
Memetik laporan Kosmo! MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, ada kongsikan sebab kenapa dia memilih usahawanita, Siti Hajaar sebagai suri hatinya.
“Dia banyak ajar saya tentang kehidupan.”
Jelas MK, kehadiran Siti Hajaar dalam hidupnya ibarat ‘memanusiakan’ dirinya untuk menjadi individu yang lebih baik.
“Hajaar banyak mengajar saya tentang kehidupan, cara percakapan lebih baik dan yang adab sebelum ini saya tidak tahu.”
“Dia juga banyak memberi teguran terutama membabitkan industri hiburan, jangan buat itu, jangan buat ini, jaga batas dan sebagainya.”
MK juga menyatakan bahawa Siti Hajaar telah mematangkan dirinya sebagai seorang manusia biasa dan sebagai seorang selebriti.
“Dia juga bantu saya menjaga penampilan untuk kelihatan lebih ‘presentable’ dan berkeyakinan. Tingkah laku dan pemikiran matang Siti Haajar yang sangat matang membuatkan saya memilih dia untuk menghuni hati saya.”
Ketika ditanya Hajaar berkenaan MK, wanita itu tersipu malu sambil menjawab layanan penyanyi rap yang telah menjadi suaminya itu sangat baik.
“Cara layanan MK terhadap saya sangat baik,” respons Hajaar secara ringkas sambil tersenyum lebar.
MK dan Siti Hajaar yang sebelum ini mengikat pertunangan pada 7 Mei sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan di Masjid Jami’il Huda, Ampang, sekitar pukul 9.35 pagi tadi.
Baca : “Lah ni halal pulak” – Kecoh Isu Gadis ‘Menggeletar’ Tanggal Rantai MK K-Clique di Konsert