in

“Sampai hati tipu mak aku!” – Wanita Berlakon Konon Minat Gelang Emas Warga Tua, Lepas ‘Pinjam’ Nak Tengok Terus Kebas!

Dosa Tak Ngakkk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah lama juga rasanya kita tak dengar tentang kes pukau yang dulunya kerap berlaku secara bermusim. Namun kali ini kes macam ni timbul lagi lepas seorang wanita mengadu emaknya telah ditipu oleh seorang individu yang tak dikenali.


Menerusi perkongsian di Twitter, anak mangsa memberitahu yang ibunya telah ditipu oleh seorang wanita yang kononnya berlakon nak order nasi lemak tapi ‘terjatuh hati’ dengan gelang emas milik emaknya. 

 

“Sampainya hati tipu mak aku yang dah tua yang tak berdosa dengan kau” 

Menurut gadis bernama Mayang ni, semua ni berlaku lepas seorang perempuan datang ke kedai nasi lemak emaknya dekat Palm Mall dan order nasi lemak untuk esok hari.

Lepas selesai order, mereka pun bersembang dan wanita ni beritahu yang dia bakal berkahwin tak lama lagi serta berhajat nak beli gelang emas untuk majlis batal air sembahyang nanti. Tapi apa yang berlaku lepas ni bertambah pelik sebab… 

Tuhan Ada

Ekta4Moueaat5Pj
sumber: twitter

 

“Dia tengok gelang mak, dia cakap dia berkenan sangat dengan gelang emas emak” 

Lepas berjumpa buat kali kedua, wanita tu mulalah nak buat ‘kerja jahatnya’. Dia kemudian memuji gelang emas yang dipakai mangsa dan bagi alasan tak masuk akal dengan nak suruh cleaner tempat kerjanya beli gelang tersebut untuknya di Kuala Pilah.

Entah macam mana, mangsa yang termakan dengan kata-kata suspek terus buka gelang tu dan beri ia kepadanya! Allah… 

Habis Gelang
sumber: twitter

Bengang dengan tindakan si ‘penipu’, anak mangsa terus spam mesej banyak-banyak kepadanya. Pada mulanya memang satu tick je tapi lepas tu dah jadi bluetick, jadi anak mangsa assume yang suspek sudah pun membaca mesej tersebut.

Ekta4Njuuaupf83
sumber: twitter

 

“Korang try tolong spam message to that phone number” 

Pun begitu, mujurlah anak mangsa dapat bantuan pihak mall untuk tengok gerak geri wanita ni dan disebabkan nombor telefon suspek dipaparkan di bahagian tweet, anak mangsa minta netizen ramai-ramai pergi spam suspek. 

Haa ramai pulak yang ada masa senggang untuk mesej suspek tu. Mesti pening dia dapat mesej banyak-banyak.

Mak 1

Spam

Mesej 1

Mesej 2

Mesej 3
sumber: twitter

Apa-apapun dengarnya suspek ni dah buat perangai ‘pukau’ ni dah lama. Harap-harap dia tertangkaplah kali ini.

Sama 1

Ekwyiaxucaaqfvk
sumber: twitter

Haih berani betul ye orang sekarang. Tak ada rasa kesian betul. Dengan orang tua pun nak menipu! 

Baca: “Seram weh” – Rumah Dirompak Lepas Kena Pukau, Wanita Ini Cerita Pengalamannya

Pecah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.