in

“Sampai ada yang sakit” – Jakarta Tersenarai Sebagai Bandar Paling Tercemar Di Dunia

Ft Jakarta Paling Kotor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jakarta tersenarai sebagai bandar paling tercemar menurut laporan yang dikeluarkan oleh IQAir, sebuah syarikat teknologi kualiti udara berpangkalan di Swiss.


Menurut indeks IQAir tersebut, Jakarta secara konsisten menduduki ranking 10 teratas dalam kalangan bandar paling tercemar di dunia sejak bulan Mei 2023.

Dengan lebih 10 juta orang penduduk yang tinggal di kawasan tersebut, Jakarta telah merekodkan tahap bacaan udara yang tercemar hampir setiap hari. Tempat kedua dalam senarai berkenaan adalah Dubai, diikuti oleh Baghdad, Doha dan juga Qatar yang mencatatkan bacaan antara 125 hingga 144.

Image 2023 08 10 152900677

Menurut ranking yang sentiasa dikemaskini tersebut, indeks kualiti udara di Jakarta adalah 164 dan data yang ditunjukkan untuk setiap bandar utama, ialah nilai purata (median) daripada semua stesen di bandar itu, yang memantau PM2.5 sebagai salah satu bahan pencemarnya.

Difahamkan, pihak IQAir mengutamakan bacaan dari stesen yang mengukur PM2.5, kerana ia secara meluas dianggap sebagai bahan pencemar yang paling berbahaya kepada kesihatan manusia.

Malangnya, pencemaran ini mempunyai kesan negatif kerana ketika ini, ramai rakyat Indonesia, terutamanya kanak-kanak, telah dilaporkan mengalami batuk dan selesema.

F3Ibthabwaamkpy

Punca pencemaran udara yang teruk di Jakarta menurut laporan Mashable adalah trafik dan sektor pengindustrian yang menghasilkan asap daripada loji yang menggunakan arang batu di sana.

Tidak hairanlah, Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo memberikan penyelesaian untuk memindahkan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Nusantara sebagai usaha untuk mengurangkan kadar pencemaran di metropolitan tersebut.

Menerusi indeks yang sama, Kuching menduduki tangga ke-8 dengan mencatatkan bacaan 100 manakala Kuala Lumpur berada di tangga ke-46 dengan rekod bacaan 50.

Baca : [VIDEO] Paras Air Laut Makin Tinggi, Jakarta Mungkin Tenggelam Tahun 2030?

Ft Jakarta Ditenggelami Air

Sumber: IQAir
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.