in

“Sah sebab lelaki dan perempuan” – Perkahwinan Pengkid Dan Mak Nyah Ini Jadi Perbualan Ramai, Ramai Terkeliru Rupanya…

Banyak kita lihat di media sosial sekarang, berleluasa hubungan sejenis seperti gay dan lesbian di sana sini. Hubungan haram ini memang tak diterima langsung dalam agama Islam dan undang-undang Malaysia. Jika perkara ni berlaku, memang tak sahlah perkahwinan tu.

Walau bagaimanapun, baru-baru ni viral gambar perkahwinan pasangan yang didakwa netizen sebagai pengkid (perempuan tapi berperwatakan lelaki) dan pondan (lelaki yang berperwatakan perempuan) dari Sabah ini di Facebook.

 

Nyah jatuh cinta dengan tomboy, akhirnya ke jinjang pelamin juga?

Menerusi perkongsian adik pengantin perempuan di Facebook, pasangan unik ini telah melangsungkan perkahwinan mereka tidak lama dulu dalam suasana serba meriah bersama keluarga.

Lebih mengejutkan, pengantin perempuan yang dahulunya bergaya seperti lelaki itu telah berubah sepenuhnya dan dilihat memakai dress pengantin bersama dengan tudung. Manis sangat admin tengok! Lain dari gambar dulu. 

Dulu | Sumber: Facebook
Sekarang – Sudah berubah | Sumber: Facebook

 

“Weh, dorang dah kembali ke fitrah. Tak nampak ke pengkid tu dah pakai tudung?” 

Disebabkan gambar sebelum mereka berubah telah banyak tersebar ke media sosial, ramai yang menganggap pasangan ini masih tak berubah dan semasa bersanding masing-masing masih menjadi pengkid dan pondan. 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Sebenarnya ramai di antara netizen terkeliru dan rupanya mereka sudah pun berubah ke fitrah asal menjadi lelaki dan wanita sejati. Si lelaki tu dah siap bersampin dan bersongkok. Malah wanita yang pernah menjadi tomboy itu pulak siap mekap dan pakai tudung lagi tau! Cer korang bukak besar sikit mataaa tu. 

Sumber: Facebook

 

“Perkahwinan sah sebab lelaki dan perempuan… moga istiqamah dan kekal bahagia hingga ke jannah” 

Apa-apapun menjawab kepada persoalan netizen, perkahwinan pasangan ini memang sah dan ramai telah mengucapkan tahniah di atas pernyatuan tersebut.

Sumber: Facebook

Admin juga ingin doakan semoga pasangan ini baik-baik saja dan mendapat sakinah, mawaddah dan warahmah. Selamat pengantin baru! 

Baca: “Haa sekali terkangkang terus” – Gimik Pondan Dekat Kenduri Bikin Netizen Pecah Perut