in

Roh Kotak Dybbuk Sebenarnya Tak Wujud, Satu Malaysia Kena Tipu?

Untitled 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh apabila seorang Youtuber Malaysia mendakwa dirinya telah diganggu oleh roh setelah membuka kotak Dybbuk. Menurutnya di dalam satu video, kotak misteri itu dibeli menerusi laman jual beli dalam talian eBay.


Dakwaan itu diperkuatkan lagi dengan beberapa kejadian aneh yang sempat dirakam dalam video yang dimuat naik di Youtube. Malah, ramai juga yang melihat perubahan ketara diri Youtuber tersebut, seolah-olah tidak terurus dan semakin kurus.

Bukan sahaja di Malaysia, beberapa individu dari luar negara juga pernah membuat pendedahan tentang misteri kotak Dybbuk ini.

Channel MindSeed TV pernah memuat naik sebuah video unboxing kotak Dybbuk pada tiga tahun lalu. Dalam video tersebut, dia telah diganggu dan beberapa kejadian aneh berlaku seperti jam dinding yang tiba-tiba sahaja terjatuh.

Persoalannya di sini, sejauh manakah kebenaran misteri kotak Dybbuk ini?

Sejarah kotak Dybbuk

Kegunaan asal kotak Dybbuk sebenarnya adalah untuk menyimpan minuman wain. Dybbuk pula adalah gelaran untuk roh jahat yang dipercayai mampu untuk merasuk mana-mana makhluk hidup.

Kotak dybbuk mula popular dan mendapat perhatian ramai apabila Kevin Mannis, penulis filem The Posession menjual kotak ini di laman jual beli dalam talian eBay. Untuk rekod, filem ini diinspirasikan oleh kisah seram yang direka sendiri oleh Kevin Mannis.

Dybbuk

Pada masa itu, Mannis mendakwa dia membeli kotak Dybbuk ini di sebuah jualan lelong pada tahun 2003. Menurutnya, kotak tersebut adalah milik seorang mangsa Holocaust di Poland yang bernama Havelah.

Menurut cucu Havelah yang ditemui oleh Mannis, Havelah membeli kotak ini sebelum melarikan diri ke Amerika Syarikat dari Sepanyol.

Pada mulanya, Mannis menawarkan kotak tersebut kepada cucu Havelah namun pelawaannya ditolak. Menurut cucunya, selama ini kotak tersebut telah disimpan di dalam bilik menjahit neneknya dan tidak pernah disentuh kerana mengandungi roh jahat dybbuk.

Kisah yang direka?

Pada hujung tahun 2015, Kevin Mannis pernah mendedahkan kepada umum bahawa kisah kotak Dybbuk yang diceritakan olehnya pada beberapa tahun lalu adalah rekaan semata-mata. Tujuannya adalah untuk menguatkan lagi penulisan jalan ceritanya.

Melihatkan semakin ramai yang mempercayai kisah rekaannya, Mannis pernah menawarkan 100,000 USD kepada mana-mana individu yang dapat membuktikan kewujudan roh jahat dalam kotak Dybbuk.

Eqt9Ilovoaamojm

Eqt9Qcouwaeuhzv

Malah, Mannis juga menawarkan untuk membuat tattoo di dahinya dengan menulis nama mereka yang berjaya. Di akhir penjelasan tersebut, Mannis meminta orang ramai agar tidak menggunakan kisah rekaannya untuk tujuan peribadi.

Artikel ini bukanlah bertujuan untuk menyangkal dakwaan Youtuber tempatan yang diganggu oleh roh kotak Dybbuk, namun hanya untuk menjelaskan kepada umum bahawa kisah asal kotak Dybbuk sebenarnya hanyalah rekaan semata-mata.

Sumber: LiveSciFi

 

BACABeli Kotak Sihir ‘Dybbuk’ Dari eBay, Youtuber PrinceMeed Kini Merana Diganggu Entiti Misteri?

Capture 3

Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.