in

Beli Kotak Sihir ‘Dybbuk’ Dari eBay, Youtuber PrinceMeed Kini Merana Diganggu Entiti Misteri?

Meed

Semenjak dua menjak ini, admin ternampak beberapa orang netizen kerap membincangkan tentang Youtuber terkenal Malaysia, PrinceMeed yang katanya mengalami masalah gangguan mistik dan kini sudah mendapatkan rawatan Islam. 

Bagi yang tak kenal siapa PrinceMeed ni, dia boleh dikatakan agak terkenal jugalah di laman Youtube kerana sering muncul dengan content berkisarkan misteri, unboxing kotak atau barang yang dibelinya daripada dark web dan bercakap mengenai teori konspirasi macam Illuminati dan Freemason.

 

Mula terima gangguan mistik lepas beli kotak ‘dybbuk’? 

Menurut Youtube channel PrinceMeed LIVE!, PrinceMeed mula menerima gangguan mistik selepas dia dikatakan membeli dan melakukan unboxing sebuah kotak sihir yang dibelinya daripada laman eBay tahun lalu.

Menerusi video pertama kejadian tersebut di Youtube PrinceMeed, dia menerangkan bagaimana dinding rumahnya berubah jadi kehijauan dalam semalaman selepas unboxing kotak berkenaan.

11 2

“Aku ingat satu benda, aku ingat apa yang aku beli dekat eBay dulu. Aku ingat beli sesuatu lepastu aku punya apartment macam ada hal la lepas tu.

“Ada kesan dekat dinding dalam masa semalaman. Juga guys dalam masa semalaman itu aku tak tahu macamana dia berlaku tapi aku menangis sekejap dan aku sangat takut,” katanya.

Kotak dybbuk yang disebutkan Youtuber tersebut ialah sebuah kotak penyimpanan arak dan berkaitan dengan sebuah dongeng bangsa Yahudi. Ia juga ada kaitan dengan sihir pemujaan kaum tersebut.

 

Kotak dah dibuang tapi masih kena ganggu 

Walau bagaimanapun, selepas membuat sesi unboxing dan menceritakan pengalamannya diganggu entiti, PrinceMeed telah membuang kotak tersebut di sebuah kawasan dekat Karak. Video tersebut pula dirakam pada tahun lepas.

132603723 880505786115925 3998918384041159877 N

Jadi rasa-rasanya dah selamat lah kot kan? Rupanya tidak! 

PrinceMeed kembali merakam video yang dia telah diganggu oleh beberapa entiti dan semuanya dimuat naik ke dalam akaun Youtubenya. Antara video yang boleh buat bulu roma korang merinding adalah video ini dan yang ini.

Admin ingatkan awal-awal kalau lemah semangat, please jangan tengok ye! 

 

Dapat bantuan rawatan Islam 

Setelah setahun mengalami masalah gangguan ini, PrinceMeed akhinya mendapat bantuan rawatan secara Islam oleh sekumpulan pengamal perubatan yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Perawat daripada Pusat Rawatan Al Idrus ini telah ke rumah Youtuber berkenaan untuk bersemuka dan membuang makhluk halus yang mengganggu hidup pesakit ini.

Video yang ini pun admin nak kasi peringatan, kalau lemah semangat jangan tengok ye! 

KERASUKAN DI RUMAH YOUTUBER PRINCE MEED

Part 2 Dalam Rumah "PRINCE MEED"

Posted by Pusat Rawatan Al Idrus on Wednesday, December 30, 2020

 

Menurut Ustaz Shafiq yang merawat PrinceMeed, entiti yang mengganggu Youtuber berkenaan merupakan jin yang mengganggu manusia yang beriman dengan Allah. Tak sampai 5 minit bersiaran, murid ustaz tersebut dah mula jadi perantara kepada jin yang ganggu PrinceMeed selama ini.

Dalam banyak-banyak jin sebelum ini, ini first time hilang mata hitam abu. Tinggal mata putih sahaja,” kata Ustaz Shafiq.

Tambah ustaz tu lagi, bila kita sudah terambil satu barang dan kita sudah ‘akad’ barang tersebut seperti keris atau barang lama, kita sudah menjadi tuannya. Cara untuk membuangnya ialah dengan tuan dan jin tersebut buat ikrar pemutus. Uish rumit ni! 

Walau bagaimanapun, dipendekkan cerita ustaz terbabit berjaya keluarkan semua jin dalam rumah PrinceMeed dan dia akui semua jin ini adalah jenis yang baru dan tak pernah dia berdepan lagi sebelum ini.

Apa-apapun Ustaz Shafiq menasihatkan supaya apa yang berlaku kepada Youtuber ini dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua supaya jangan ambil barang lama atau sihir yang tak diketahui sejarah atau asal usulnya.

134070659 880497999450037 5201523950845273325 O

Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang menyekutukan Allah. 

Baca: “Sihir still exist” – Wanita Rasa Panas Lepas Balik Kerja & Pergi Berubat, Bila Check CCTV Rupanya…

Sihir

Sumber: Youtube
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook