in

Rindu Filem Hindustan Mohabbatein? Jangan Terkejut Tengok Transformasi Tiga Watak Utama Lepas 20 Tahun!

Mohabbatein

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suasana musim luruh dan sayup-sayup lagu cinta yang dimainkan bersama monolog syahdu mengingatkan kita akan filem hindustan yang meletop, Mohabbatein. Siapa yang dapat lupakan kisah cinta tragis Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai dalam filem ni kan?



Lebih menarik, ada lagi tiga kisah cinta yang membabitkan tiga lagi hero yang handsome-handsome belaka iaitu Sameer, Vicky dan Karan. Kalau SRK masih lagi tampak hot di usia mencecah 50-an, macam mana pulak rupa hero-hero remaja tu sekarang?

sumber: blog

Nah, kami bawakan transformasi hebat mereka yang akan buat korang terkejut melihatnya! 

 

Uday Chopra aka Vicky 

Uday
sumber: blog

Hero remaja kacak yang pegang watak Vikram Oberoi atau Vicky ni memang antara yang terkenal oleh kerana wataknya yang hot dan pandai menari.

Namun siapa sangka dia yang kini berusia 46 tahun ini merupakan anak kepada Yash Chopra (antara producer terkenal India) dan ipar kepada pelakon Rani Mukerji. Selain Mohabbatein, Uday Chopra juga membintangi filem terkenal seperti siri Dhoom 1 hingga 3.

Ini wajah Uday Chopra sekarang. Lain beza kan!

5Bcaa2439C59047B5Bb370D0110534
sumber: twitter

 

Jimmy Shergill aka Karan Chaudry

Karan Mohabatein 20180327 135859
sumber: blog

Siapa dapat lupa watak super baik Karan Chaudry yang jatuh cinta dengan janda berhias bernama Kiran? Jimmy yang kini berusia 48 tahun masih lagi aktif berlakon dan maintain kacak sampai sekarang walaupun dah nampak agak berusia.

Antara filem terkenal yang pernah dilakonkannya ialah Dil Hai Tumhara bersama Preity Zinta, My Name Is Khan dan Bang Bang.

Jimmy
sumber: instagram

 

Jugal Hansraj aka Sameer Sharma

Jugal Hansraj In Humko Humise Chura Lo Mohabbatein 2000
sumber: blog

Jugal yang melakonkan watak pencinta setia, Sameer Sharma ini sebenarnya telah memulakan karier lakonannya sejak dari kecil lagi. Kini Jugal yang berusia 45 tahun sudah tidak aktif lagi dalam lakonan dan bergelar seorang director-producer.

Meskipun sudah sedikit berusia, wajah baby face Jugal masih kelihatan!

E16F4A6C 56Bd 4852 A452 93325B862E56
sumber: blog

Macam mana? Walaupun dah tua, aura famous mereka masih ada kan? Tapi bagi admin, SRK yang paling hot antara mereka semua. Ops! 

Baca: Masih Ingat Lagi Siri Telenovela La Usurpadora? Korang Mesti Terkejut Lihat Wajah Terbaru Gabriela Spanic Lepas 18 Tahun!

Gaby Spanic

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.