in

Rehat 2 Hari, Anwar Ibrahim Selamat Jalani Pembedahan Hernia Perut

Anwar Ibrahim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat masalah hernia perut (para-umbilical hernia), hari ini.

Ketua Pasukan Perubatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah berkata, prosedur berkenaan berjalan lancar dan dikendalikan oleh pasukan pakar perubatan.


Menurutnya, Anwar kini sedang menjalani rawatan fisioterapi selain terus berada di bawah pemantauan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik.

“Beliau kini sedang menjalani rawatan fisioterapi serta berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Artikel berkaitan: Pendakwaan Ismail Sabri Ditangguh Ke 27 Ogos, Bakal Jalani Prosedur Jantung Di IJN

Artikel berkaitan: “Wassalam. Amboiii…” – Ini Respon Balas PMX Lepas Kanak-kanak Hantar Mesej Minta Cuti Sekolah Selamanya

Untuk rekod, prosedur laparoskopi merupakan kaedah pembedahan menggunakan beberapa bukaan kecil dan lazimnya dilakukan bagi merawat masalah hernia pada bahagian perut.

Terdahulu, Setiausaha Akhbar Kanan, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan bahawa Anwar dijangka berada di bawah pemantauan doktor selama dua hari selepas menjalani prosedur berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.