Perkara paling basic yang pastinya semua sedia maklum ketika menggunakan pengangkutan awam ialah larangan makan dan minum bagi menjaga kebersihan kerana ia digunakan oleh orang ramai.
Namun, ada juga sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dan enggan mengikut peraturan ini sehingga mengundang rasa kurang selesa pengguna lain.
Baru-baru ini, tular seorang lelaki yang didakwa dengan selambanya buka kasut dan meletakkan beg galas di atas kerusi bersebelahan tempat duduknya.
Beware of this inconsiderate guy on the LRT! Someone asked him to remove his bag from the seat & he made a face & refused. If you’re gonna be a jerk on the train, you deserve to be called out publicly. #rapidkl pic.twitter.com/V9Hw8kB3rd
— Annoyed Malaysian 🇲🇾 (@annoyedmsian) December 7, 2023
Menerusi semakan Lobak Merah, lelaki ini pernah tular sebelum ini apabila dirakam makan dan membuat sepah di dalam tren yang dipenuhi orang ramai.
Artikel berkaitan: Buat Penumpang Tidak Selesa, Individu Selamba Buka Kasut & Makan Dalam Tren
Malah, beberapa pengguna media sosial lain turut mengadu perkara sama mengenai tindakan lelaki ini yang dirakam pada hari berbeza.
Seorang netizen mendakwa ramai penumpang lain serta kakitangan tren sudah menegur lelaki itu namun tidak diendahkannya.
Dia boleh berkelah dalam LRT yaaaa @askrapidkl pls action https://t.co/tne0POrndc pic.twitter.com/QlbdBRsEDH
— Ash (@ASAZ2902) December 9, 2023
Isu ini membuatkan orang ramai berasa marah dan mengecam perbuatan lelaki tersebut yang dilihat memetingkan diri.
Ramai yang menyeru pihak RapidKL untuk mengambil tindakan tegas terhadap pengguna tren berkenaan.
Respon RapidKL
Melihat isu yang berlegar, RapidKL menyatakan mereka mengambil cakna mengenai tingkah lalu penumpang yang tidak mematuhi etika ketika menggunakan pengangkutan awam.
Kami mengambil cakna akan tingkah laku sesetengah penumpang yang tidak mematuhi etika ketika menggunakan pengangkutan awam, termasuk makan dan minum serta memonopoli tempat duduk ketika berada di dalam tren. pic.twitter.com/gjmQTMfRjC
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) December 11, 2023
Memetik sumber Yahoo News, pihak RapidKL telah menegur lelaki terbabit agar tidak mengulangi perbuatan itu lagi.
Sumber: Yahoo News, X