in

Rakyat Malaysia Memalukan, Tidur dan Sidai Pakaian Dalam Bilik Solat di Jepun

Jepun Feature3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita digalakkan untuk menjaga adab dan menunjukkan tingkah laku yang baik ketika berada di negara orang. Bawa nama Malaysia, kena la jaga perangai kan. 


Namun, beberapa gambar dimuat naik di Facebook baru-baru ini mendapat perhatian orang ramai apabila ianya menunjukkan sikap tidak elok diamalkan rakyat Malaysia ketika berada di Jepun.

Ruang solat untuk kegunaan pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai dikatakan menjadi ‘mangsa’ kepada sikap tidak prihatin rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara itu.

Menurut perkongsian dari Tok Sheikh, kejadian yang berlaku pada Jumaat itu menunjukkan dua wanita dipercayai rakyat Malaysia sedang tidur di dalam ruang berkenaan.

Jepun4
sumber: facebook

“Bila orang nak travel, hang pun nak travel. Tapi adab tak jaga. Main hentam kromo saja. Notice board dah bagi amaran, apa yang tak boleh dilakukan!”

Bukan itu sahaja, mereka turut menyidai pakaian basah di tiga buah kerusi dan besi penyangkut yang disediakan selain turut meletakkan beberapa bagasi di ruang yang sama.

Papan tanda mengenai larangan kelakuan yang boleh menggangu pengguna lain sudah terang-terangan terpampang dan tindakan mereka itu jelas bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Jepun1
sumber: facebook

Menurut mStar, Tok Sheikh kini berada di Jepun dan memberitahu bahawa dia menerima maklumat itu ketika bertemu rakyat Malaysia yang singgah makan di sebuah restoran halal di sana.

“Gambar tersebut diambil semasa mereka ingin menggunakan ruang solat (wanita) dan mendapati dua orang perempuan telah tidur dan basuh pakaian mereka di situ.

“Mereka turut sidai pakaian di dalam bilik itu sedangkan papan kenyataan sudah menyatakan apa yang tidak boleh dibuat ketika berada di dalam ruang solat berkenaan.”

Jepun3
sumber: facebook

Tok Sheikh yang bekerja dengan sebuah syarikat pelancongan akui berasa amat kesal dengan sikap dan perbuatan segelintir rakyat Malaysia yang sering menyalahgunakan kemudahan awam disediakan.

“Sekiranya nanti kemudahan seperti ini ditarik balik, ia akan menjadi masalah kepada semua pelancong yang ingin solat di tempat yang disediakan.

“Kepada mereka yang ingin belajar melancong ke luar negara, hendaklah juga belajar menjaga adab kerana kita membawa nama negara. Jika perkara seperti ini terus berlaku, ia amat memalukan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.”

Jepun2
sumber: facebook

Netizen yang melihat gambar itu rata-rata menyatakan rasa kecewa dan menegur sikap kebanyakan rakyat Malaysia ketika mengembara. Memang memalukan je!

“Memalukan. Takde otak punya orang.”

“Susahlah macam ni punya mentaliti rakyat Malaysia bila di luar negara. Akal mana akal?”

Bila di negara orang tu gunakan kemudahan dengan baik. Ikut peraturan dan undang-undang, jangan malukan nama negara. Ish!

Baca: Memalukan! ‘Host’ Airbnb Dari UK Beri Komen Tentang Gelagat Tetamu Dari Malaysia

Bg 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.