in

Putuskan Hubungan Cinta Gara-gara Nak Masuk Olimpik, Gadis Ni Kena Tikam 30 Kali Bertubi-tubi Dengan Boyfriend

Rusia F

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adatlah dalam bercinta pasti ada rasa cemburu atau gaduh-gaduh manja sesama pasangan. Tapi kalau hubungan cinta tu dah tak ‘menjadi’ lagi, eloklah masing-masing berundur diri dan putuskan hubungan.


Macam manapun, lelaki kat luar sana janganlah terlalu ikut perasaan sampai jadi macam kes di Moscow baru-baru ni. Seorang boyfriend dengan kejamnya menikam girlfriend di leher 30 kali bertubi-tubi lepas gadis tu nyatakan hasrat untuk berpisah, lapor Astro AWANI. Aduhai! 

 

Girlfriend perenang harapan negara, putus cinta sebab nak kejar pingat Olimpik 

Menurut Daily Mail, Safia Askarova yang baru berusia 16 tahun ni merupakan perenang harapan Rusia dan agak hebat jugaklah sebab menyerlah di peringkat antarabangsa.

Tapi tak sangka pulak nasib seorang ‘star’ ni berubah 180 darjah lepas dia buat keputusan untuk berpisah dengan teman lelakinya, Nikita Malygin sebab nak mengutamakan cita-cita mengejar pingat Olimpik. 

Nikita yang jugak seorang perenang elit dan tak berapa menyerlah macam girlfriend dia ni dikatakan cemburu sebab dapat tahu dia sudah ada pesaing lain yang ingin merebut hati Safia daripadanya. Pulakkk dah!

Akibat rasa cemburu yang membuak-buak, Nikita telah menikam Safia sekurang-kurangnya sebanyak 30 kali di leher, dada dan bahagian abdomen dekat sebuah bangunan di bandar Tolyatti.

 

“Saya hilang kawalan, keluarkan pisau dan tak tahu macam mana boleh menikamnya” 

Betullah kata orang, kalau kita tengah marah, kita boleh jadi tak sedar dengan apa yang kita lakukan meskipun perkara tu adalah satu perkara yang teruk dan langsung tak boleh diterima akal.

Menurut Nikita, dia langsung tak sedar yang dia menikam girlfriendnya sehinggalah dia nampak gadis tu rebah di atas lantai tak bernyawa.

“Saya hilang kawalan. Saya keluarkan pisau. Saya tidak ingat bagaimana dan di mana saya menikamnya.

“Dia ada cuba untuk melarikan diri, namun saya terus menikamnya. Saya menjatuhkan pisau itu di sebuah tempat. Pada mulanya saya tidak sedar apa yang saya lakukan.

“Saya cuma sedar apabila dia rebah… Saya akhirnya sedar ketika saya bergegas balik,” kata Nikita.

 

Temui mayat di bangunan kosong, boyfriend akhirnya mengaku salah

Semasa kejadian ni berlaku, Safia ada memberitahu ibu bapanya yang dia mahu ke kedai tapi kemudian dia melencong pulak untuk bertemu dengan Nikita.

Sebab waktu sudah lewat dan mangsa masih belum pulang, keluarganya cuba menelefon tapi nombornya pulak dah tak aktif. Lebih menyedihkan, akhirnya mayat Safia ditemui pada jam 10 malam, 23 Disember lepas dekat sebuah bangunan kosong.

Bersama mayat tersebut, sebilah pisau yang digunakan untuk menikamnya jugak ditemui kat lokasi kejadian.

Nikita yang mengaku salah atas perbuatan tu berkata,

“Kami hanya berdiri dan bercakap. Saya mahu kami terus bersama. Dia yang mahu memutuskan hubungan. Saya hanya mahu memujuknya…”

Kes yang mendapat liputan meluas di Rusia ini masih dalam siasatan dan akan dibicarakan di mahkamah. Safia Askarova merupakan perenang kuak kupu-kupu yang dapat tempat kedua dalam kejohanan belia Rusia 2017 lalu.

Kalau bergaduh teruk dengan pasangan pun, janganlah ambil jalan singkat dengan membunuh. Apa-apapun kawal diri dan marah tu. Takut bila kita lemah, syaitan pula yang ambil alih. 

Baca: Sadis! Wanita Dibunuh Kekasih Ketika Sambut Birthday, Mayat Pula Disimpan Dalam Sofa

Featured 1 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.