in

PKPB: JAIS Benarkan Akad Nikad Di Selangor Mulai 2 November, Ini Syarat-syaratnya

Bb 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Selamat pengantin baru. Selamat berbahagia!”


Selepas warga Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh bernikah bermula 27 Oktober lalu, kini penduduk Selangor pula bakal menikmati kelonggaran tersebut selepas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memutuskan untuk membenarkan majlis akad nikah bermula 2 November ini.

B1 19

 

Kelonggaran itu diberikan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini yang dilanjutkan sehingga 9 November.

Menurut Harian Metro, upacara akad nikah di hanya boleh dilakukan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di seluruh Selangor dengan beberapa syarat yang ditetapkan.

B2 2 3

 

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, kebenaran melaksanakan akad nikah tertakluk kepada beberapa syarat iaitu…

Syarat-syarat akad nikah di Selangor

  1. Pemohon lelaki dan perempuan sudah mendapat Kebenaran Berkahwin mengikut Seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 dari PAID.
  2. Hanya tiga orang dibenarkan hadir upacara akad nikah iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan seorang wali.
  3. Hanya lima akad nikah dibenarkan dalam masa satu hari iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat (hari bekerja) bermula 9 pagi hingga 4 petang.
  4. Kebenaran ini diberi kepada pasangan dalam Selangor sahaja.
  5. Jika pihak lelaki atau pihak perempuan dari luar Selangor, mereka perlu mendapatkan kebenaran pergerakan rentas daerah atau negeri dari pihak berkuasa.
  6. Temujanji akad nikah boleh dibuat dengan menghubungi PAID di daerah masing-masing.

Tambah Shahzihan, cadangan upacara akad nikah yang mendapat kebenaran dari Ketua Pendaftar Nikah, Cerai Dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor sahaja akan diterima untuk dilaksanakan di PAID.

 

Siapa yang dah rancang nak nikah waktu PKPB ni jangan pening kepala. Boleh buat appointment sekarang! 

Baca: “Akad nikah di KL dan Putrajaya dibenarkan mulai hari ini” – Dr. Zulkifli

B 3 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.