in

Pisang Berbuah 2 Kali, Harimau Malaya ‘Bertembung’ Dengan Coldplay di Stadium Nasional?

Coldplay Bertembung Harimau Malaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebelum ini, pernah kecoh mengenai isu konsert penyanyi dari Taiwan, Jay Chou yang dikecam kerana hanya 21,000 tempat duduk sahaja boleh digunakan peminat bola sepak untuk menonton perlawanan antara Malaysia dan Thailand bagi separuh akhir Piala AFF.


Nampaknya isu yang sama bakal terjadi sekali lagi apabila dilaporkan konsert Coldplay yang bakal diadakan pada 22 November ini bakal bertembung dengan aksi Harimau Malaysia bagi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil sehari sebelum tarikh itu.

“Perkara ini kali kedua terjadi dan ia tak boleh terjadi lagi” 

Menurut Berita Harian, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin telah menyatakan kebimbangannya mengenai hal tersebut dan sudah membincangkan perkara ini bersama Menteri Belia dan Sukan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi mengelakkan hal yang sama berulang.

Perkara ini sudah dibincang dengan Menteri dan CEO PSM, saya sudah menyatakan perkara ini kali kedua terjadi dan ia tidak boleh terjadi lagi. Menteri setuju kerana kita sudah memaklumkan kontrak kita dengan PSM ini yang mana semua perlawanan dalam kalendar FIFA.

“Kalau nak buat apa-apa kena maklum dengan kita. Kalau tak, buat apa tandatangan kontrak dengan PSM, baik pergi stadium lain. Tapi sudah dapat penyelesaian dengan menteri bahawa kita lihat dulu undian Piala Asia,” katanya.

Rimauu

Katanya lagi, pihaknya juga sudah membuat beberapa persiapan jika perlawanan pada 21 November itu berlaku dan mereka juga akan membuat rayuan semula.

“Kita sudah buat beberapa persiapan untuk melihat kalau perlawanan pada 21 November itu berlaku, main dekat sini.

“Kita akan cuba untuk membuat rayuan semula. Jadi ada beberapa kemungkinan kerana perlawanan di luar kalendar FIFA tetapi persiapan lima, enam hari sebelum itu. Jadi mungkin ada sebahagian tak boleh digunakan.

“Apapun, tunggu Julai (undian kelayakan Piala Asia) nanti,” katanya lagi.

Harap tak adalah isu kontroversi yang terjadi masa awal tahun dulu. Tak pasal-pasal Coldplay kena serang dengan fans Harimau Malaya pulak. 

Baca: Pemuda PAS Beri Surat Terbuka, Sedih Khairul Aming Beli Tiket Konsert Coldplay

Surat Terbuka Khairul Aming

Sumber: Neste
Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.