in

“Takde duit macam mana nak raya?” – Ini 4 Perniagaan Modal Rendah Tapi Pulangan Lumayan Yang Korang Boleh Buat Ramadan Ni

Collage 45

Bulan puasa hampir tiba, selain ia merupakan bulan untuk kita pulun melakukan ibadah, ianya juga adalah bulan untuk kita jana extra income. Mana taknya, korang perasan tak, kalau berniaga time bulan puasa ni, untung dia memang lain macam lumayan.

Mungkin ramai yang dah plan nak buat perniagaan masa bulan puasa ni, tapi tiba-tiba kerajaan bagi arahan yang semua bazar ramadan perlu ditutup. So, macam mana? Jangan risau admin ada cara untuk korang teruskan perniagaan and confirm korang boleh dapat keuntungan bersih tanpa perlu bayar komisyen dekat sesiapa pun tau.

Tapi sebelum tu, pada yang baru nak cuba berniaga tapi tak tahu nak jual apa, meh baca dulu senarai perniagaan yang bermodal rendah tapi boleh dapat pulangan yang lumayan. Jom!

1. Jual kuih raya

Untitled Design 3 7 1

Bila tiba bulan Ramadan ni secara automatik terus orang akan cari kuih raya, beli sampai berbalang-balang sebab nak makan sambil tengok rancangan raya kat TV. Kadang-kadang tu tak sempat raya, kuih raya tinggal ciput je.

So, kalau korang jual kuih raya, harga sebalang tart nenas sekarang pun paling koman RM30, modal pulak rendah, memang berbaloi-baloi nak jual benda ni. Especially kalau korang pandai buat kuih yang lain dari yang lain.

2. Jual nasi bajet

Nasi Bajet 1506081769 6253540E

Bulan puasa ni, semua orang dah sah sah lah mencari nasi bila nak berbuka kan? So, kalau korang boleh jual nasi bajet lauk macam asam pedas atau masak lomak nogori ummph tu dengan harga RM4 sebungkus beserta nasik. Memang boleh kaut untung kaw kaw beb.

Bukan tu je, korang boleh buat perniagaan ni dari rumah je, dan bila ada orang order, korang sediakan dan bagi pada rider untuk buat penghantaran.

Let’s say korang target untuk jual 50 bungkus nasi sehari, korang dah boleh dapat RM200. Bila dah raya, korang boleh dapat duit poket sekurang-kurangnya RM5,000! Memang raya sakan jawabnyaaaa

3. Jual kuih muih frozen

Img 20140807 153307

Bila berbuka tu, antara juadah yang wajib ada atas meja adalah kuih muih. Mana taknya, bila dah berlapar satu hari, mestilah nak berbuka dengan benda-benda manis kan?

Macam yang korang tahu, buat kuih muih ni memang tak banyak pakai modal. Lepastu buat satu loyang pun dah boleh dapat berpuluh-puluh. Lagi best kalau korang boleh buat kuih frozen, mesti ramai orang beli time takde bazaar Ramadan ni. So, tunggu apa lagi?

4. Baju bundle (pre-loved)

Guni Baju Bundle Kanak Kanak

Siapa yang tak suka ke bundle? Dah lah baju murah pastu kalau ada rezeki boleh dapat barang rare. Baju bundle ni korang boleh beli seguni dalam RM10-30 tau! Lepastu kalau satu baju korang jual paling busuk pun RM10 dah dapat untung berlipat kali ganda.

Rugi kalau korang tak cuba jual baju bundle ni!!!

Bungkusit tawar 0% komisyen kepada peniaga

Screen Shot 2020 01 29 At 10.07.14 Am

Perniagaan yang paling mudah adalah perniagaan dari rumah. Korang tak perlu nak menyewa, nak beli khemah untuk buka kedai mahu pun buat lesen berniaga.

Tapi yang lecehnya, mana korang nak larat hantar dekat orang. Nak upah orang hantar kena kos lagi. Lepastu duit untung habis dekat duit minyak atau upah je. Masuk dalam syarikat yang tawarkan perkhidmatan food delivery pulak dah tentu kena bagi komisyen kan?

JANGAN RISAU!

Bungkusit tawar kadar komisyen sebanyak 0% kepada mana-mana peniaga yang mendaftar sebagai vendor tau! Tujuan dorang ni adalah untuk membantu peniaga-peniaga dan orang yang baru mula nak berniaga mendapat untung seratus peratus tanpa perlu risau dengan komisyen yang perlu dibayar.

Unnamed

Tak seperti syarikat e-hailing lain yang mengecas peniaga setinggi 35% untuk komisyen, syarikat Bungkusit tak nak susahkan korang sampai korang perlu kurangkan keuntungan semata-mata untuk bayar komisyen ni. Bestnyaaa

Korang hanya perlu bayar yuran pendaftaran sebanyak RM100 sahaja dan produk korang akan diiklankan dalam Bungkusit ke seluruh negara.

Apa korang perlu buat ialah :

  • Perlu tunggu order
  • Siapkan order
  • Tunggu rider datang ambil barang

dan dapat duit tanpa perlu tolak apa-apa.

Apa yang lagi best, korang berpotensi untuk dapat customer sejauh 500km tau! Bayangkan berapa banyak potential customer yang korang boleh dapat?

Ha, tunggu apa lagi jom start berniaga dan daftar dengan Bungkusit sekarang!!!

KLIK SINI UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI VENDOR DI BUNGKUSIT

 

Sumber: RASA
Sumber: Carousell
Sumber: Az-Zain
Sumber: Bungkusit
Sumber: Bungkusit