in

“Perlakuan, percakapan wanita boleh sebabkan lelaki tergoda” – Senator PKR Cadang Undang-undang Lindungi Lelaki

Senator

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes rogol yang berlaku di kalangan wanita dan kanak-kanak bawah umur dewasa ini semakin membimbangkan. Dalam isu tersebut, banyak yang saling menuding jari antara satu sama lain. Ada yang kata salah lelaki, ada pulak yang cakap salah perempuan…


Pun begitu baru-baru ini, Senator PKR Mohd Imran Abdul Hamid telah mencadangkan undang-undang gangguan seksual dibuat untuk melindungi lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah seperti rogol, lapor Sinar Harian. Oh gitu pulak? 

 

“InsyaAllah lelaki akan ‘selamat’ dan negara akan aman” 

Menurut senator tersebut, cadangan akta baru ini penting untuk pastikan golongan lelaki ‘selamat’ serta menjadikan negara terus aman daripada sebarang gejala tak sihat.

51564591117 Mohdimranhamid
sumber: astro awani

“Wujudkan satu akta gangguan seksual ke atas kaum lelaki akibat perlakuan, percakapan dan pemakaian kaum wanita yang boleh menyebabkan kaum lelaki tergoda.

“Disebabkan hal itu juga boleh menyebabkan lelaki tergoda hingga boleh menyebabkan perbuatan sumbang mahram, rogol, pornografi, raba dan sebagainya.

“Saya berharap menteri boleh pertimbangkan ini (undang-undang baharu) supaya ia boleh diperkenalkan, Insya-ALLAH lelaki akan selamat dan negara akan aman,” katanya.

 

Anwar tolak cadangan senator PKR 

Walau bagaimanapun, pagi ini Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataannya berkaitan isu tersebut.

Di dalam posting rasminya di Facebook, Anwar memberitahu bahawa dia menolak cadangan tersebut kerana ia dilihat tak munasabah dan seakan-akan menghina golongan wanita. 

KENYATAAN MEDIAUNTUK EDARAN SEGERA1 OGOS 2019Kelmarin di Dewan Negara, YB Senator Laksamana Pertama (B) Mohamad…

Posted by Anwar Ibrahim on Wednesday, July 31, 2019

Jadi korang rasa macam mana? Wajarkah lelaki dapat perlindungan supaya mereka tak tergoda daripada merogol wanita. Amboi lemahnya iman orang lelaki…

Baca: “Saya selalu buat” – Doktor Psikiatri Patut Rawat Mangsa Rogol Trauma, Tapi Sebaliknya Cakap Dia Patut ‘Enjoy’

Gur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.