in

Pembantu Rumah Dipenjara Gara-gara Mencampur Dettol Dalam Minuman Bijirin Ibu Mertua Majikan

Cats 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila bercakap tentang pembantu rumah ada sahaja isu yang membabitkan mereka. Kalau ada majikan yang dapat pembantu rumah yang elok baguslah. Tetapi kalau dapat yang jenis teruk, macam-macam mereka boleh lakukan.


Seperti kisah yang dikongsikan di laman Coconuts ini, tragis apabila si pembantu mencampurkan cecair Dettol dalam minuman bijirin ibu mertua majikan. Kejam bukan?

gambar hiasan

Seorang pembantu rumah yang berasal dari Myanmar sudah penat dimarahi oleh ibu mertua majikannya hari-hari dan putuskan untuk meninggalkan rumah itu. Sebelum minta untuk diberhentikan, dia mencampurkan cecair Dettol dalam minuman bijiran ibu mertua majikannya sebagai balasan.

Maid Disinfectant 170814
Sumber: the straits times,

Mya Thet Wai, 24, dijatuhkan hukuman selama lima bulan selepas mengaku menambah cecair tersebut dalam minuman ibu mertua majikannya yang berusia 65 tahun.

Mengikut laporan The Straits Times, kejadian yang berlaku pada 6 April lalu terjadi sewaktu Puan Toh membuat minuman bijiran untuk dirinya sendiri pada waktu pagi. Dia kemudiannya menutup minumannya sementara untuk menyuapkan cucunya yang berusia tujuh bulan makan.

Sewaktu Puan Toh sedang menyuap cucunya, pembantu rumah itu cepat-cepat menambah secawan kecil cecair Dettol dalam minuman bijiran itu dan kemudian menutupnya. Apabila Puan Toh minum minuman itu, dia cepat-cepat meludah minuman itu keluar semula apabila menyedari terdapat cecair asing dalam minumannya.

Shutterstock 168180653
Sumber: new york post

Mya Thet Wai yang sudah bekerja sejak 10 Januari tidak mengaku bersalah akan perbuatannya pada mulanya. Sejurus majikannya pulang, mereka memeriksa kamera litar tertutup dan perbuatan khianatnya terbongkar.

Mengakui kesilapannya, Mya Thet Wai merayu supaya hukumannya dikurangkan dari 10 tahun kepada 5 bulan.

Nasib baik! Itulah lain kali jangan buat macam itu lagi. Kalau dah tak tahan minta sahaja diberhentikan. Jangan sebabkan tak puas hati nyawa seseorang melayang.

Baca: Wanita Dedah Jiran Cuba Membunuh Anjingnya Dengan Daging Yang Disaluti Racun

Capture 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.