in

Pelik Tapi Benar! Servis Pos Bayi dan Kanak-Kanak Rupanya Wujud Lebih 100 Tahun Dahulu

Ft Baby 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkhidmatan kurier bukanlah sesuatu yang asing lagi bahkan ia seakan satu keperluan dalam masyarakat kini yang sentiasa kesuntukan masa.


Sekarang, barangan dapur, set perabot rumah, pakaian, dan kadang-kadang haiwan juga dihantar menggunakan perkhidmatan ini.

Haiwan tu tak boleh sebenarnya, siapa yang masih buat tu min tak tau la nak cakap apa…

 

Servis hantar bayi

Tapi korang tahu tak dulu, perkhidmatan ini menyediakan servis penghantaran bayi. Ye baby!   

Bayi yang betul-betul hidup.

Actually perkhidmatan ni wujud sekitar abad ke 20, dan mendapat sambutan yang agak pelik kerana ramai ibu bapa mula menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar anak mereka.

Walaupun perkara ni dianggap pelik tapi kisah ini mendapat perhatian ramai, maybe baby tu nampak comel kot dalam beg.

Tapi betul lah, memang comel pun kan. Cuba tengok ni…

 

Capture T2 1

 

Penghantaran bayi pertama

Tidak lama selepas perkhidmatan ini diperkenalkan, pasangan daripada Ohio, Jesse Beagle dan Mathilda menggunakan kemudahan ini untuk menghantar anak mereka kepada neneknya yang tinggal di Batavia.

Ketiadaan larangan mengenai penghantaran bayi menyebabkan syarikat itu terpaksa bersetuju untuk menerima bayi itu.

James Beagle yang baru berusia 8 bulan telah ditimbang dan beratnya tidak melebihi had maksima yang ditetapkan iaitu 4.9 kilogram (k.g)

Penghantaran itu hanya menelan kos sebanyak 15 sen sahaja.

Memang lagi ramai la orang nak hantar kalau murah macam tu!

 

Capture T3

Save budget!

Menurut Jenny Lynch, Sejarawan Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat (AS) perkhidmatan tersebut menjadi pilihan kerana harganya yang jauh lebih murah.

Iya lah kalau naik kereta api, nak kena beli tiket untuk ibu ayah dan bayi itu lagi. Banyak makan kos!

Jadi, dengan menggunakan perkhidmatan pos ini, ramai ibu bapa dapat mengelakkan berlakunya pembaziran.

 

Capture T

Kisah penghantaran ke kawasan luar bandar semakin banyak memenuhi dada-dada akhbar.

Namun pada tahun 1913, beberapa akhbar mula mengeluarkan kenyataan bahawa kanak-kanak tidak lagi dibenarkan untuk dihantar melalui perkhidmatan pos.

Walaubagaimanapun kisah tersebut tidaklah begitu tepat kerana pada tahun 1914 kisah penghantaran kanak-kanak ini mendapat liputan yang meluas.

Capture T1 2

 

Charlotte May Pierstorff

Ketika dihantar melalui perkhidmatan pos, Charlotte berusia 4 tahun.

Dia dihantar ke rumah datuk dan neneknya yang terletak sejauh 73 batu daripada rumahnya di Idaho.

Jauh betul perjalanan dia ni!

Kanak-kanak ini bernasib kerana tidak diletakkan dalam bungkusan dan dicampak bersama barangan yang lain.

Charlotte sebenarnya tidak bersendirian kerana dia ditemani oleh saudara kepada ibunya untuk menempuhi perjalanan tersebut. 

Ini antara penyebab lain yang mendorong ramai ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka melalui perkhidmatan ini iaitu dengan kewujudan ‘orang dalam’.

‘Orang dalam’ sebenarnya adalah penghantar surat yang dikenali oleh penduduk setempat, jadi mereka yakin akan keberadaan anak mereka itu.

Namun akhirnya beberapa tahun kemudian perkhidmatan itu telah ditamatkan dan tidak lagi wujud hingga ke hari ini.

Kalau ada lagi lah perkhidmatan tu pada masa kini, agak-agak korang nak ke try?

Sumber : Smithsonian Magazine

 

Baca : Terasing daripada tamadun dunia 6 Sekeluarga Tidak Tahu Wujudnya Perang Dunia ke-2

Capture T1 1

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.