in

“Terasing daripada tamadun dunia” – 6 Sekeluarga Tidak Tahu Wujudnya Perang Dunia ke-2

Ft Karp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah-kisah manusia yang terasing daripada  tamadun dunia bukan sesuatu yang aneh lagi.


Namun yang menjadi persoalan adalah bagaimana kehidupan mereka diteruskan sedangkan kita sudah mengecapi pelbagai perubahan.

Kisah keluarga ini menjadi perhatian ramai di Rusia suatu masa dahulu.

Mereka merupakan keluarga yang terdiri daripada sepasang ibu bapa, Karp Lykov dan Akulina serta empat orang anaknya menetap di Taiga Siberia, penempatan yang sangat terpencil dan agak mustahil untuk manusia diami.

Tapi tidak bagi keluarga Lykov!

Mereka begitu selesa mendiami kawasan tersebut bahkan pernah menolak pelawaan untuk berpindah ke penempatan yang lebih maju.

Capture 4 9

 

Bermulanya Kehidupan Terpencil

Pada asalnya pasangan ini tinggal di wilayah Rusia bersama dua anak mereka, Savin dan Natalia.

Namun pada tahun 1936, abang Karp Lykov dibunuh oleh peronda Soviet.

Peristiwa itu menyebabkan dia mengambil keputusan untuk melarikan diri bersama keluarganya.

Barangan yang turut dibawa bersamanya pada masa itu hanyalah benih, beberapa barangan peribadi serta kitab Bible.

Mereka memulakan kehidupan di pergunungan terpencil itu yang terletak hanya beberapa kilometer daripada Mongolia.

Masuk sikit sempadan tu boleh kena tuduh jadi pendatang asing!

Keluarga kecil mereka mula bertambah dengan kehadiran dua lagi anak mereka Agafia dan Dmitry.

Oleh kerana kedua-dua mereka lahir di kawasan terpencil ini, mereka tidak pernah melihat manusia lain selain daripada ahli keluarganya.

Didikan yang diberikan oleh ibu bapa cukup untuk mereka sedar tentang kewujudan bandar, serta negara-negara dunia lain.

Namun bayangan itu terbatas kerana mereka tidak pernah melihatnya sendiri.

Capture 2 2 1

 

Pengorbanan Yang Meragut Nyawa

Kehidupan di tempat yang terpencil merupakan cabaran terbesar keluarga itu.

Dengan ahli keluarga yang semakin dewasa, peruntukkan makanan tidak mampu ditampung oleh mereka.

Musim panas yang pendek juga menjadi faktor kekurangan sumber makanan mereka.

Mereka hanya makan buah-buahan dan sayur-sayuran serta belajar untuk memburu tanpa menggunakan senjata.

Akhirnya, keperitan yang mereka lalui itu mengorbankan ibu mereka Akulina pada tahun 1950-an.

Wanita itu dikatakan meninggal dunia akibat kebuluran kerana mendahulukan makan untuk anak-anaknya.

Besar pengorbanan mak dia, sanggup menderita kelaparan untuk keluarganya…

Capture 3 1

 

Berjaya Ditemukan

Akhirnya setelah lebih 40 tahun keluarga itu ditemukan oleh ahli geologi Rusia pada tahun 1978.

Ketika pertama kali bertemu dengan keluarga ini, ahli geologi dikatakan membawa pelbagai barangan makanan seperti roti, jem dan teh.

Semua ditolak mentah-mentah oleh mereka.

Menurut Karp Lykov, anaknya bukan sahaja tak pernah makan roti malah tidak pernah tengok pun bentuk roti itu.

Wah, agaknya apa reaksi mereka ketika pertama kali berjumpa dengan barang-barang tu?

‘Hadiah’ yang dibawa oleh ahli geologi itu tidak menarik minat mereka, kecuali garam.

Menurut Karp kehidupannya selama 4 dekad tanpa garam adalah suatu penyeksaan.

Tapi lama-lama mereka mula terima barangan yang diberikan oleh ahli geologi tu.

Ye la, baru kenal, tak kan la nak ambil semua. Dah kenal siapa orang tu, baru lah okay kan?

Mereka mula menerima bantuan daripada salah seorang ahli geologis tersebut, Yerofei Sedov yang merupakan seorang penggerudi.

Dia membantu mereka dari segi tanaman serta memberikan alatan tangan seperti pisau, garfu, serta pen dan kertas.

Namun kesedihan melanda lagi kehidupan mereka apabila  3 daripada 4 anak Karp meninggal dunia pada tahun 1981.

Kematian Savin dan Natalia dikatakan berpunca daripada kegagalan buah pinggang manakala Dmitry mengalami radang paru-paru.

Capture 4

 

Ahli geologis cuba memujuk dua beranak itu untuk kembali ke kampung mereka, namun tawaran itu telah ditolak.

Akhirnya, pada 16 Februari 1988, Karp mengikut jejak langkah isteri dan anaknya.

Dia disemadikan di lereng gunung oleh anaknya Agafia bersama bantuan ahli geologi.

Agafia akhirnya tinggal berseorangan tanpa ahli keluarganya.

Ketika ditemuramah beberapa tahun lepas, Agafia menjelaskan dia tidak akan meninggalkan tempat itu, menjalankan kehidupan seperti yang pernah diajar suatu masa dahulu.

Agafia akan menghabiskan sisa hidupnya di sana…

Sumber  ; Smithsonian Magazine

 

Baca : Lebih 4 DEKAD Tinggal Di Dalam Hutan, Pasangan Anak-beranak Ini Sangka Dunia Masih Berperang!

Capture 4 8

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.