in

Pelakon Squid Game Park Hae-soo Bakal Membintangi Siri ‘Money Heist’ Korea!

Ft Money Heist Korea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siri Money Heist dan Squid Game merupakan antara siri yang digemari penonton dari seluruh dunia, pastinya bulan Disember ini ramai yang menanti-nantikan episod baru Money Heist dan lebih mengghairahkan lagi apabila Squid Game telah sahkan akan ada musim kedua.


Lebih teruja lagi apabila Money Heist akan datang dalam versi Korea dan apa yang lebih mengujakan lagi adalah, pemegang watak 218 dari Squid Game itu akan membintangi siri tersebut!

 

Bakal memegang watak Berlin?

Berlin In Money Heist

Menurut Entertainment Weekly, Hae-Soo, yang memegang watak Cho Sang-woo (218) dalam siri Squid Game itu akan memegang watak Berlin, salah satu watak utama dalam drama bersiri Spanish itu.

Ffezmwqvcaakehb

Menurut The Star, berita itu diumumkan pada hari Selasa lepas oleh Netflix, memandangkan drama siri itu bakal ke penghujung selepas 5 tahun bersiaran pada 3 Disember ini, streamer ada mendedahkan bahawa watak Berlin akan muncul dalam spin-off cerita asal yang dijadualkan pada 2023.

Berlin dimainkan oleh Pedro Alonso dari Sepanyol dalam versi asal. Park ialah pelakon pertama versi Korea sepertimana yang diumumkan.

“5 tahun yang lalu, peminat di seluruh dunia telah menunjukkan minat mereka terhadap siri ini. Saya harap versi Korea kami juga menerima kasih sayang dan sokongan anda,” kata Park dalam bahasa Korea, berpakaian sut rapi dan memegang salah satu topeng rompakan Money Heist.

“Adalah satu penghormatan bagi saya untuk mengambil bahagian dalam siri yang begitu hebat dan lebih-lebih lagi untuk menjadikan Berlin watak yang menakjubkan. Saya pasti pelakon lain versi Korea merasakan perkara yang sama seperti saya.”

Berita itu sah apabila ia diumumkan menerusi Instagram rasmi Hae-Soo sendiri. Tak sabarnya!

 

Baca : Trending No. 2 Di YouTube, Permainan Sebenar Squid Game Dengan 456 Pemain Kini Ditayangkan!

Page Mrbeast

Sumber: Screen Rant
Sumber: Deadline.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.