in

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Serendah RM63,449 Seunit

Pero Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perodua mengumumkan harga lebih rendah bagi kenderaan bateri elektrik (BEV) pertamanya, QV-E, susulan peningkatan kandungan tempatan yang berjaya dicapai bersama vendor-vendor tempatan, penggunaan komponen tempatan, sekali gus membantu meningkatkan kecekapan operasi syarikat.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, perkembangan itu turut membantu mengurangkan kebergantungan kepada rantaian bekalan asing serta meningkatkan ketersediaan alat ganti dalam negara.


Pero 3

Bagi tempoh terhad sehingga 30 September 2026, Perodua menawarkan harga khas sebanyak RM87,499 untuk pemilikan penuh QV-E atau RM63,499 menerusi pakej Battery as a Service (BAAS) dengan bayaran RM215 sebulan selama 9 tahun.

Pero 2

Artikel berkaitan: Perodua Perkenal C2, Kereta Konsep EV Baharu Inspirasi Generasi Masa Depan

QV-E menggunakan bateri Lithium Iron Phosphate (52.5kW) dengan jarak pemanduan sehingga 445 kilometer (NEDC) dan menerima penarafan lima bintang ASEAN NCAP.

Pero 4

Pelanggan sedia ada QV-E turut menerima manfaat apabila bayaran bulanan BAAS mereka dikurangkan daripada RM275 kepada RM215 bagi kitaran pembayaran seterusnya.

Sumber: Perodua

Sumber: Perodua
Sumber: Perodua
Sumber: Perodua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.