in

Pelajar di Korea Utara Dipenjara Seumur Hidup Lepas Kantoi Tonton Squid Game!

Ft Korea Utara Squid Game

Secara umumnya, kita sedia maklum bahawa Korea Utara ini satu negara yang sangat ‘ketat’ segala jenis bentuk hiburan datang dari negara luar tidak akan diterima, malah pasti ramai ketahui yang negara tersebut tak ‘sebulu’ dengan Korea Selatan.

Jadi, pastinya segala perkara termasuk bahan hiburan daripada Korea Selatan tidak diterima, disebabkan itu mereka tidak terdedah dengan movie Squid Game yang menjadi buah mulut seluruh dunia ni.

 

Bawa copy movie Squid Game masuk Korea Utara

Squid2

Jika ada yang berani bawa masuk, pasti akan terima padah seperti seorang lelaki dari Korea Utara ini, dia dijatuhi hukuman mati atas kesalahan menyeludup dan menjual salinan siri Netflix Squid Game.

Ia diketahui selepas pihak berkuasa dari negara tersebut dapat menangkap 7 pelajar sekolah menengah di sana sedang menonton siri tersebut, lapor sumber RFA.

Difahamkan, penyeludup itu telah membawa salinan Squid Game itu selepas pulang dari China dan menjual melalui satu USB flash drives. Sumber juga melaporkan bahawa lelaki tersebut bakal menjalani hukuman tembak mati.

 

Pelajar penjara sumur hidup, buat kerja berat, guru-guru dan pentadbir dipecat

890Cebb6 9Ebe 4388 Afd1 E47846Dc798B

Sementara itu, seorang pelajar yang membeli pendrive tersebut dikenakan hukuman penjara seumur hidup sementara 6 lagi yang menontonnya diarahkan menjalani hukuman melakukan kerja berat selama 5 tahun.

Malah, guru-guru dan pentadbir sekolah pula tipecat dan berdepan dengan hukuman kerja di lombong terpencil atau bekerja sendiri.

RFA melaporkan bahawa pada minggu lalu ada salinan drama bersiri tersebut telah tiba di negara tertutup itu. Walaupun pihak berkuasa berusaha keras untuk menghalang media asing, ia merebak di kalangan penduduk melalui pendrive dan kad SD.

Penahanan tujuh pelajar itu menandakan kali pertama kerajaan menggunakan undang-undang yang baru diluluskan mengenai “Penghapusan Pemikiran dan Budaya Reactionary,” dalam kes yang melibatkan kanak-kanak bawah umur, menurut sumber itu.

Undang-undang itu telah diisytiharkan tahun lepas, membawa hukuman mati maksimum kerana menonton, menyimpan, atau mengedar media dari negara kapitalis, khususnya dari Korea Selatan dan US.

 

Baca : “Soalan apa tu?” – Wartawan US Dikecam Lepas Aju Soalan ;Tak Patut’ Pada Aktor Squid Game

Fi Knetz Full

Sumber: RFA
Sumber: RFA