in

“Soalan apa tu?”- Wartawan US Dikecam Lepas Aju Soalan ‘Tak Patut’ Pada Aktor Squid Game

Fi Knetz Full

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, para pelakon siri popular Netflix dari Korea Selatan telah terbang ke Amerika bersama pengarahnya, Hwang Dong Hyuk bagi menghadiri tayangan khas K-Drama di Hollywood, California.


Semasa berada di karpet merah bersama dengan penterjemah untuk menyapa para peminat, mereka diwawancara seorang wartawan Amerika daripada NBC‘s Extra TV dengan soalan yang dianggap ‘tak patut’ kepada salah seorang aktor Squid Game, Lee Jung Jae.

“Saya pasti awak tak boleh keluar rumah tanpa dikenali orang ramai dah sekarang ni. Apakah perubahan terbesar dalam hidup awak selepas membintangi siri ini?”- Wartawan NBC‘s Extra TV 

Pelbagai kecaman yang diberi oleh netizen setelah melihat video wawancara tersebut dan mereka menyangka bahawa wartawan itu kurang membuat research tentang aktor Lee Jung Jae sebelum bertanyakan soalan tersebut.

“Ya betul. Perubahan terbesar yang saya terima ialah bagaimana saya begitu dikenali oleh semua orang di mana-mana, termasuk di Amerika Syarikat. Apabila saya pergi ke restoran atau keluar di jalanan, saya dikenali oleh ramai orang dan kadang-kadang, apabila mereka merenung saya, saya terkejut dan berfikir sendiri ‘Kenapa mereka pandang saya macam tu?’ Tapi apabila saya bertentang mata dengan mereka, mereka akan serta-merta bercakap tentang ‘Squid Game’. Jadi itu merupakan moment yang saya sedari bahawa kami benar-benar berjaya.”- Lee Jung Jae

Komen Knetz 2

Sebenarnya, yang menjadi isu dalam kalangan para ‘Knetz’ ialah disebabkan aktor tersebut merupakan salah seorang aktor terkemuka Korea Selatan selama beberapa dekad, sejak penampilan pertamanya pada tahun 1993. Dia telah berada dalam industri hampir 30 tahun. Dengan setiap produksi yang difilemkannya, Lee Jung Jae sangat popular dengan bakat lakonan yang luar biasa dan keupayaannya untuk menjiwai setiap watak yang dilakonkan.

Movies Newss 1117

 

Walau bagaimanapun, setelah kemunculannya dalam siri Squid Game, dia telah dikenali secara global dan mula mendapat pengiktirafan seluruh dunia termasuk negara-negara Barat. Namun, mereka yang baru sahaja mengambil tahu industri hiburan Korea mungkin tidak mengenali aktor Lee Jung Jae ini seperti wartawan tersebut.

Baca: Dah Ready? Squid Game Confirm Muncul Musim Kedua!

Fi Sg Full 1

Sumber: Koreaboo
Sumber: Kofice

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.