in

Peguam Jadi ‘Tak Betul’ dan Bogelkan Diri Selepas Kemalangan di Teluk Intan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peguam Jadi ‘Tak Betul’ dan Bogelkan Diri Selepas Kemalangan di Teluk Intan

 
 
00:00 /
 
1X
 

Selalunya apabila seseorang telah terlibat dalam kemalangan, orang ramai akan berasa simpati dan cuba menolong mangsa. Namun kali ini saksi kejadian bukannya berasa sedih tetapi pelik.


Kenderaan yang dipandu seorang lelaki telah melanggar sebuah tiang lampu di Jalan Sultan Abdullah, Teluk Intan. Namun, bukan kemalangan tersebut yang membuat penduduk di kawasan sekitar terkejut tetapi kelakuan pelik yang ditunjukkan lelaki tersebut selepas insiden itu.

Sumber : Oriental Daily

Menurut World Of Buzz, mangsa kemalangan itu tiba-tiba jadi ‘tak betul’ dan menjerit “Gong Xi Fa Cai”, “Namo Amitabha” dan pelbagai ungkapan lain yang biasanya digunakan semasa musim perayaan.

Saya penganut Buddha, terima kasih, Namo Amitabha.”

Selepas itu, dia mula menanggalkan pakaiannya dan berjalan sekeliling kawasan tersebut dengan hanya memakai seluar dalam sahaja! Dah kenapa dia ni??

Sumber : Oriental Daily

Apabila pihak polis tiba, mereka cuba bercakap dengan mangsa namun dia tidak mengendahkan apa yang dikatakan malah terus mengulangi beberapa ungkapan yang sama.

Orang awam yang menyaksikan insiden tersebut turut menolong dan cuba menenangkan lelaki itu tetapi tidak berjaya.

Sumber : Oriental Daily

Disebabkan itu, pihak polis terpaksa menahan mangsa dan membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Selepas siasatan lanjut, rupa-rupanya mangsa merupakan seorang peguam kerana terdapat sijil peguam di dalam kenderaannya beserta beberapa buku agama.

Video insiden tersebut telah menjadi tular di media sosial dan mendapat lebih 7 ribu tontonan dalam masa satu hari.

Sumber : Oriental Daily

Berdasarkan rakaman video itu, mangsa kelihatan sedang duduk di sebelah kereta putihnya dan menjerit-jerit kepada orang sekeliling termasuk seorang pegawai polis.

Netizen membuat beberapa spekulasi terhadap kejadian tersebut mengatakan dia berada di bawah pengaruh dadah, dirasuk sesuatu atau mungkin juga cuma terkejut dan trauma selepas mengalami kemalangan.

Buat masa sekarang, kenyataan rasmi akan punca insiden tersebut masih belum diketahui.

Apa-apa pun yang paling penting sekarang adalah keselamatan di jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat, ingatlah orang tersayang. Patuhi undang undang jalan raya!

Baca : Perodua Myvi Dirakam Dipandu Melawan Arus di Lebuhraya PLUS

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.