in

PdPR Sehingga Pertengahan Julai 2021 – Menteri Pendidikan

1Pdpr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan fasa total lockdown yang diumumkan kerajaan Malaysia, Kementerian Pendidikan telah memutuskan untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan sehingga pertengahan Julai 2021.


Screenshot 2021 06 06 At 11.05.48 Am

Menurut laporan Astro Awani, Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin telah mengumumkan perkara berkenaan dalam satu sidang media berkenaan hal ehwal Kementerian Pendidikan hari ini.

Beliau berkata PdPR akan disambung lagi untuk tempoh 25 hari apabila sesi persekolahan dibuka semula pada 13 Jun bagi kumpulan A iaitu negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu,  dan 14 Jun bagi Kumpulan B iaitu negeri-negeri lain.

Screenshot 2021 06 06 At 11.06.28 Am
Sumber: google image

Beliau turut menambah, PdPR ini akan berterusan sehingga cuti pertengahan penggal pada 16 dan 17 Julai depan.

Ketetapan ini melibatkan semua sekolah termasuk sekolah swasta dan antarabangsa yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan.

 

Baca: “Effort cikgu ni memang terbaik” – Tunjuk Cara Mengajar Online, Guru Ini Dapat Pujian Netizen

Screenshot 2021 06 06 At 11.08.33 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.